Pages

Tuesday, July 31, 2012

Sayang tok Ayah, sayang abah, sayang mama, semua sayang

Petang yang dibuai angin, kebetulan sekeluarga tersnyum ketawa melihat anak cucu, anak buah bermain di halaman rumah.
Berlari berkejar dan berbuai tali yang diikat di pokok bacang atau rambutan.

Dik, anak, cucuku sayang tak keluarga begini, keluarga kita senyum tawa bersama sama, atok lihat cucu bermain, kejar kejar sesama sepupu kemudian datng berlari mendakap nenek serta atok, kemudian abahnya.

"..Suka tak jika suasana begini kita rasakan bersama sama di SAna.
Jika suka kita semua masih boleh berjumpa dalam sebuah taman di Sana...

Dik, nak..
Dengar nasihat papa dan atok

TAAT kepada SuruhanNya, jauhi LaranganNya..
Yerr nak

Monday, July 30, 2012

Kompleks PkNs dan sekitarnya

Bila hujung minggu letak kereta guna empat lorong, sesak sesak, ada juga Bank yang kehabisan wang,,atau rosak, nakmasuk CDm pun mesin penuh. Apa ke nama.
Di tambah masa gaji keluar, elok elakan ke jalan jalan sekitarnya bila petang menjelma

Jenama buah kurma

Nak beli buah kurma elok picit penyek tekan hidu jika nak beli jenama ini, salah satu jenama yang perlu diberi hiduan mataan.


Tika seminit lepas azan, jlan raya sepi pada hari ahad, tanda berkumpul menjamu selera.
Taman perumahan islam, hanya dua tiga matbngla berjalan dari bilik menuju masjid atau kedai.
mr pengawal berkumpul membuka hidangan yang dibawa, makan sebelah pintu guard.
*////

Mat bangla sanggup kayuh basikal berbukadimasjid, jalan kaki setengah km, selepas berbuka nasi nampak kumpulan mereka berjalqn ramai ramai keluar kekenyangan.

Sunday, July 29, 2012

Bulan Yang Semangat berkibar kibar

Nak tiba waktu zuhur, semangat ingin melunazkan hutang berkobar kobar. Niat jer
Masuk je waktu zuhur terus semangat tinggal semangat, yang tiada adalah kudrat.
Masuk waktu asar terus hilang semangat nak bayar hutang.
Berulang ulang. Beratnya bercampur malas
Alahaiii bila nak habis hutang dengan Illahi nihhh

Sketsa ceritera klasik takut kepada bini

Pada zaman dulu, seorang Memanda Menteri yang takut bini, cuba mendapat nasihat supaya menjadi berani kepada bini.
Lalu beliau mendapatkan nasihat dari Penasihatnya.

"...jika nak kahwin empat kena belajar dari lelaki yang kahwin empat, jadi jika nak belajar jadi berani kena mendapatkan idea , dari rakyat jelata yang berani kepada bini.

Setelah dikumpul rakyat jelata, maka diberi arahan supaya rakyat yang takut kepada bini berhimpun di sebelah kanan.

Manakala rakyat yang tak takut kepada bini berhimpun sebelah kiri beliau.
Ramai berpindah ke sebelah kanan.
Nampaknya kesemua rakyat takut kepada biini kecuali seorang.
Selepasitu di dapati seorang lelaki yang duduk bersandar di tiang dewan tak bergerak di sebelah kiri.

Bila ditanya dia takut kepada bini atau tak, kalau takut kepada bini kenapa duduk bersandar tak bergerak ke sebelah kanan.

"...sebab bini saya suruh datang dan bersandar pada tiang jangan bergerak gerak.."...jawab lelaki itu.

Dugaan pahit tekak

Sebulan sekali rasa pahit, sebelum ini sebelas bulan menikmati maniz siang hari.
Apasalhnya sesekali puluh hari merasakan pahitnya tekak dekkurang. Air liur.
Berbanding nikmat udaranikmat airpercuma yang tak pernah putus.
Menghirup udarasegar, tanpa halangan, biarpun kurang taat dan engkar siapa Pemberi nikmat.

:-):-):-)
Teruk juga sebulan menangkis mengantuk sebagai penganut islam.


Sesekali tersilau stokin yangbersepahmerata rata, rasangilu

Segan dan Malu tika posa

Tika posa segan :
nak tengok bende bende

Nak paling telinga, bila meja sebelah mengumpat meja sebelahnya.
Nak bertekak benda remeh temeh
Kawan ungkit soal gaji dan tuntutan,orang je yang salah.

Malu bila asyik memuji diri,, beri peluang kita kutuk dalam hati dan diri.
malu makanan tak cukup buat tetamu berbuka.
s
segan bila pembantu yang ramai dibawa ke majlis berbuka dan melantak nasi kenyang lawan tokey

Friday, July 27, 2012

Akok, panaz bawah mentari

Terasa bahangnya bila mencari rezeki bawah mentari
Berbanding insan yang mencari rezeki bawah hawa dingin sejuk nyaman. Alsyukurr.
NikmatNya di mana mana.
Cubaan pun berada di mana mana, dugaan antara rezeki dan solat berjemaah.
 

Thursday, July 26, 2012

Bubur lambuk Kg Bharu di Pkns Shah Alam

Pukul 4pm lagi ramai yang beratur untuk mengambil bubur lambuk KgBharu, di Kaunter Pkns.
Jompakat ramai ramai, sekejap sahaja habis.

Wednesday, July 25, 2012

Ketiak berbau, elok simpan sebotol pewangi dalam baju

Bila makann banyak peloh menggelegak tanpa sedar,atau memakau baju melayu lebih dua kali.

Tetiba jiran sebelah menghulur minyak wangi untuk disapu ke atas tapak tangan,,selepas giliran sendiri.
(belum sedar diri, membuatkan jiran berdiri loyar tiap kali angkat takbir.)

"...Abah, ketiak busukla, .." laser seorang anak tika dalam kereta.
Cuba tanya pendapat sidia sebelah pun sama, musyukk, baru sedar diri bahawa diri ini boleh meloyakan insan lain, esoj kena bawa pewangi semasabertarawikh.

Tuesday, July 24, 2012

Untungnya mereka :-) Ramadhan bulan memori

Untungnya mereka bila tiba bulan ramadhan teringat beberapa insan yang pernah berada disekeling semasa remaja semasa kecil.
Di gerai mereka kita pernah minum dan berbuka.
Gerai cendul gerai air tebu dan secara kebetulan mereka menjadi gerai kegemaran sesama arwah ibubapa kita, lalu kenangan itu disambungkan dengan alFatihah mengenang sahabat ayah bonda,,aameennn,


:-):-):-):-):-):-)
Tutup dek nanti lalat,

Jika caramel. Boleh ditutup
Buah apa apa pun kena tutup sama
Kuih mueh ditutup dari habuk, tutup dari mata lelaki juga

Juadah ramadhan, hidung dan mata menipu selera:-) suatu pengalaman meniaga

Selera yang lapar, ditipu oleh mata yang melihat warna warni.
Hidung pula ditipu oleh asap dan panaznya kuih dan lauk pauk.

Ketika membakar akok, ketika membakar pulut panggang, itu yang paling laris,
Gerai sebelah pula murtabak panazz, roti john roti bon dan sewaktu dengannya yang panaz panazz.

Begitu juga lauk panaz ayam bakar dan lain lain.

Bila tiba waktu berbuka menu panaz telah bertukar sejuk atau suam, kenyang dek bau, terus lena di sejadah

Monday, July 23, 2012

Macam macam kerenah insan Puasa laa

"...bang, saya baru lepas keluar penjara, duit tak cukup.."
sambil menuruni escalator Masjid Negeri..(baru tau ada tangga bergerak,bergerakk naiknsebelum solat waktu, dan sebaliknya lepas waktu solat).

"...adik jom balik, (padahal tazkirah lepas tarawih masih ada)..dah habis pun. Esok pula kita datang.

:"...dik, banyk lagi barang nak beli, minggu depan raya, kalu adik nak kereta baju raya tak boleh beli,,"merujuk permainan yang dijjual di Pasar minggu.:-)

Alahai, insan bukan maksum

Becerita mengomel mengomen soal bacaan pak Iman, iman itu baguz, iman ini mengantuk.

Beribadat tengok iman. Zaman kuasa memilih tanpa sopan.
Betapa inginkan terbaik yang diberikan sedangkan diri ini belum tentu baik.
tabiat saaban di bawa ke ramadhan

Sunday, July 22, 2012

Dataran Shah Alamm:-) Turun Padang

Agamawan turun padang berdakwah.
Positif berbanding Sistem lama, apa lagi yang anda mahu,
Turun berbukabersama remaja,,yang nampak luarnya pakaian sikit atas,
Sambil bersantai ujung minggu terus berbuka dan solag di Dataran Shah Alam

Aman Malaysia, jika semua barang dan setiap bulan, macam ni

Letak buah kurma kat mana mana, tiada yang terliur, simpan di lokasi terbuka, tiada yang minat sentuh.
Insan sudah kenyang.
Aman dunia jika sifat ini berterusan untuk masa dan barangan lain

Menjauhi lalat

Andai datang seekor lalat hijau yang besar, semasa anda bertapa di rumah, di surau atau masjid, mana boleh bunuh binatang.

Ambil mana mana minyak wangi, buat bulatan melingkungi diri, sapu di lantai, carpet atau sejadah dalam bentuk bulatan,teruskan aktiviti anda.

Sesekali terlupa, MEMBAZIR kurniaan Illahi

Mengejar zikir,mengatuk.
Insan insan biasa yang kekadng terlupa mengejar amalan menambah pahala,

Amanah membazir terlalai
Kipas bilik yang kosong. Tanpa penghuninya dibiarkann berpusing.
Siang hari yang cerah, lampu putih terbiar terlupa dimatikan, kerana khusuk dalam membaca ayat ayat suci.

Begitu juga di surau dan masjid
Pandai petik suis semasa membuka,,tapi lupa petik semasa selesai digunakan,, membazir yang tidak nampak bila memegang surah Illahi.

Thursday, July 19, 2012

Esok nak meninggal

Esok menu :-)
Memancing
Membeli belah
Meninjau alatan kereta,,rimspot
Esok kawa. Kawan ajak sup ekor rusa

Berapa duit dalam bank, nak kira,
Tunai lebih berapa, kereta berapa, mm

Mmm besar rumah ini..
Nak keluar ke tak nak ni,,
Mana tau kena langgar, mana tau ribut semasa memancing.

Tesco, dan Giant belum singgah.
Berapa agaknya kawan kawan yang marah jika tak join mereka besok.
Opss mesyuarat
Ohh
Ohhh

Tiket Air asia, ke luar negara hangus agaknya..nak batal ke tak, dah sponsor. Percuma,,biarkan,,
Lagi..
Lagi,,

Sambut puasa, dulu silap dah lupa

Ulangi kesilapan dulu dulu
beli kueh mueh maniz lima jenis,
Kueh keras rasa lembut
Beli nasi tiga jenis, beli air tiga jenis tiga rasa.

Lepas berbuka dengan air soya, terus kenyang

!... Dan, air paip tika wuduk pun terasa manizzz

Sunday, July 15, 2012

Jari Buat Garu Kepala Gatal,,Aromangeliterapi (bukan azromaya)

Sesekali menggatal terus digaru gatalnya, yang uban tetap uban, yang berkelumur gugur kelumumurnya, putih ke atas kolar baju.
Terasa aromanya ke urat kepala.
Sekali cuba lembut dan mengesankan, tolak tarik lembut
Sekali tengok macam pengadun pemukul telur.
Boleh cuba di kepala, siku dan lutut.

Yang tak boleh dan ditegah sama sekali -)
:-) Lubang hidung dan segala lubang, lubang mata, celah telinga
:-) Celah ketiak celah kaki dan sebagainya.

/*
Jika itu yang didoakan,,
seminit menggatal demamnya sehari,,
dosa dibersihkann secara tunai alahai, pedih perit panaz suam serba ada.
Pedihnya memberi serik sebulan, biarkan
Berbanding menunggu pembalasan di sana yang pedih tak terkata.

Terpandang banner ceramah Al Katak

Terpandang baner yang utamakan mencegah murtad, mencegah ahklak agama.

Tak amanah lompat partai itu mana yang besar, amanah dalam partai, menang tanding, lompat partai, menang bukan dek sukan tubuh badan, kecuali dulu Dr TannChe Kong dan lain lain,,kalau menang sebab partai, elok letak jawatan Adun.
Tak kira dari Bn ke Pas atau sebaliknya amanah dulu lain.
Mana penting moral dan amanah atau lompat partai itu islam yang beriman,
Murtad itu dan Islam tapi belum beriman.

Friday, July 13, 2012

Ustaz dann Penceramah Tempatan Terpinggir???

Adakah kerana penceramah luar minta harga murah, atau tiada letak harga, sekali dipanggil akan datang lagi,
Ustaz tempatan, bila sekali panggil, harga murah tak datang lagi?
Ustaz Malaysia menyentuh Politik yang tak disukai penduduk tempatan,

Elok berilah peluang tenaga tempatan yang memahami adat dan politik temptan sebelum ajak orang luar, penceramah sambilan ramai,,gunakan tenaga tempatan supaya,,tidak mengalir hasil negara,,lagipun sama sama belajar dari Timur tengah.

Kita ada pilihan.

Thursday, July 12, 2012

Lelaki Memang Suka Terus Terang

Jika dia nak kata, luahkan dia terus luahkan apa yang terStim,
Khasnya jika ada sifat tak tau malu, wanita juga yang kena,
Siapa PEMBUKA FITNAH agaknya, yang meleleh lentuk atau lelaki miang?
Salah wanita jugak kan, sedas kena wanita, sedas kena Tuan punya Radio.
Bersihkan diri dari fitnah


***

Hari hari jiran saya keluar ikut suaminya, kerja, dua tiga hari dok hotel,
Bungkus sudu garfu gelas cawan dua set, supaya tidak makan nasi yang disediakan oleh pihak hotel.
Lagi satu periuk kecil,,merangkap kuali merebus,
Nasib baik tiada stok Gas 2kg, kalau tidak dah anggkat sama masuk luggage.
Sebenarnya lebih banyak cemburu bila sang suami asyik menjeling di dewan makan, bila sang wanita bertocang kebaya ketat duduk di meja depan, seksa nak mamah nasi, ,,serampang tiga mata,

Umur dan atau kelayakan

Kekadang mengutamakan kelayakan berbanding umur dalam sosial,
Kekadang ada yg mendepankan umur dalam apa apa persoalan dan pergaulan, bagi saya elok utamakan umur dahulu dari segi prioritinya.

Orang muda yang sombong akan diperkatakan,,tapi orang tua yang degil kurang menjadi topik bualan.


:-):-):-):-):-):-)***########

"...tak baek tau, tengking tengking..." petah sang Along
sapa bagi tau, tanya pakcik.
"...mama bagi tau.."

"....tak elok tau ngata orang...." dari mulut akak
Sapa cakap, pok cik tanya.
"....abah pesan..." jawab akak seorang anak perempuan.

Moralnya nasihat mengikut pengalaman melawan atau lawan.

Wednesday, July 11, 2012

Senyum, kalau dengar dan nampak

Bila insan sebelah abaikan yang wajib, buat yang sunnat.
Buat yang sunnat buat yang wajib sikit sikit.
Tinggalkan yang jihad depan mata, kejar jihad jauh di mata.

Susa untuk menilai diri, kecuali ada pengomen terdekat.


:-):-):-):-):-):-):-):-):-)
"",,,kenapa dalam sepuluh orang kumpulan kita yang berjalan, nampaknya awok seorang yang ditenung lelaki, padahal kita tak pakai ginju dan tak berhias pun,..."
Jawab empunya diri "...mana saya tau mata lelaki.."

Tuesday, July 10, 2012

Gula gula budak bawah umur

Macam macam niaga termasuk hadiah umrah dan sewaktu dengannya, baca boleh tapi, percaya dan mengharap tu beribu kali fikir

Monday, July 09, 2012

Dua rasa bangga

Menyapu debu ke bawah carpet, saya telah buat, biar sedap mata memandang,
Mengecat warna warni di depan permukaan yang selalu orang nampak, biar sejuk mata memandang.

Sesekali elok risaukan Dia
Sesekali biar orang tak puji
Biar orang tak nampak untuk dihargai

Bangga antara kedua dua cara itu

Sunday, July 08, 2012

Hari minggu yang enak VS nyamuk

Tiada nyamuk yang nak berdegung di telinga kacau tidur pada sejuk pagi minggu,,tika ujan, sejuk
Hanya sang lipas yang jauh, tak pulak gigit jari kaki yang manizz.

Friday, July 06, 2012

Bila ingat selimut Putih

Bila ingat putih
Kata kata, jari jemari akan berkurang kuasanya, sopan dalam bicara, adab dalam mengarah.
Berperimanusia, perhatin, sederhana dalam tugas,
Sebesarmana tubuh kekuatan fizikal tetap kena bungkus kaki oleh kain putih.
Secantik mana selicin mana sekedutmana.
Selimut putih terpaksa dicetung.

Thursday, July 05, 2012

Moga kita Rakyat Kelantan punyai Al Sultan yang. .

Moga kita rakyat Kelantan mempunyai Al Sultan dan rakyatnya bersopan dalam berbhasa serta merendah diri, tiada makhluk yang ngilu.
::::::::::::::::::::::::

Susah juga nak cari Laksem yang Tulin buatannya di Lembah Klang, yang kuah pekat, sambal lada kering, ada pucukulam serbanika bunga kantan dan sewaktu dengannya.

Kuahnya di wangikan dengan asam keping.

Antara gerai dan atau restoren besar elok gerai beroda atau jualan secara Van, kerana:-)
pengurus sendiri pekerja anak beranak yang menilai kebersihan, yang tau risiko suci dan sayangi pelanggannya, beli dan bungkus dibawa pulang.

Kedai atau restoren besar pembancuh tea nya mamak, indo atau bangsa sewaktu dengannya yang makan gaji dalam menyediakan ala kadar semasa bos nampak.
Berbanding pekerja anak beranak yang sayang perniagaannya atau ayahnya.

Dulu Lain, Malu (versi jadi baik)

"... Bakpo demo lari Ka'we, nyo.."
(Pengunaan sabdu dengan antonasi Ka"we, boleh menjimatkan perkataan 'dari atau kepada'.)

Jangan la malu, lupakan kisah remaja tua yang lepas lepas.
Saya tetap ingat kita sebagai kawan kawan dulu dulu,
Berlari nakal bersama sama.
Saya pakai selipar jepun pun awak nak melarikan diri bila terserempak, ada masa untuk berubah sebelum kita jadi mayat.
saya tetap ingat kawan kawan.
Jangan pandang fizikal dan imej seseorang.

Saya menjadi lebih jahat dan nakal daripada awak, selepas kita berpisah, dek kerana wanita, gelap hati dan perempuan juga boleh melembutkan hati seorang insan lelaki.
Berubah, saya boleh berubah kenapa awak tak boleh?.

Jom saya belanja awak nasi Kerabu, lepas tu, kita dengar tazkirah.

:-):-):-):-) sketsa cuti cuti balik kampung dari seorang teman.

Wednesday, July 04, 2012

Mahal sangat bila nak buka Akaun,tapi

Tetapi ramai pulak yang membukanya walaupun deposit. Saving RM 300, macamlaa tiada bank lain, tambah pula guna nama Islamik.
Begitulah resam dunia, nak gelemer dengan nama Bank.
Macamlaa Bank Islam lain tiada.
Ceccuba hasut syarikat supaya tidak membuka akauan ke sana.

Apasalahnya bersusah sikit, boikot pakat pakat boikot, buka di Bank yang lain.

Tuesday, July 03, 2012

Kerja :-) 5 jam jer

Kerja kerana Allah lima jam jerr sebab ikhlas, yang tiga jam lagi kerja bagi orang nampak.
Ulul Amri letak belakang.

Provoke remaja,

"..maa, adaka patut Pak cik tu cakap, mama ambil saya terlewat sebab pergi dating,
"..mana dia tau? Soal Mama.

Entah jawab sang remaja perempuan.

"...apa lagi Pok cik tu cerita..?" tanya Mama lagi.

Sang remaja bercerita, dan bertanya apa taste adik bila nak kahwin, ada kah patut dia tunjukkan abang dan Pakcik yang lalu, yang berkereta, yang singgah,,semua diamtunjuukkan, aha yang itu sesuai, baik bersih cekap amanah,
Nak jadi calon ketiga pun boleh, kereta besar.."

"....apa along jawab.."soal mamanya.

"..Not my tasted, jawab along, dan nak cari yang COMEL.."
Senyum along.

Sengeh Mamanya sambil memandu.

Lokasi nya selepas tempat menunggu bas dari kelas tambahan.

**
Zaman kian canggih, ajal maut di ujung peluru, dirobek kereta langgar lari, atau tusukan parang tajam, adalah salah satu bentuk kematian menemui ajal yang dirancang manusia.
Tapi yang menentukan adalah ILlaHi

Sunday, July 01, 2012

Boikot sana, ban sini

Dua kali lima.
Kita boikot TV tu, banyak penceramah lain bolehnmasuk.
Kita ban beku nama Penceramah itu sipolan polan., dek bagi tau dan batal ceramah saat akhir.

Ante boikot. Berceramah di Taman itu, sebab Pengurusan tak betul.

kita ban nama Penceramah, sebab pandai kutuk menyalahkan Pengurusan.

Mengata dulang dia yang salah.

Dua kali lima

Bila sendirian, dua tiga Patah Ayat pun...

"...z, ambik laaa, bungkus kuih tu, bawa balik ke rumah..."
Pelawa seorang ibu saudara sebelah Mak (kakak ipar mak).

Setiba saya di kedainya bila pulang ke Kampung.

Ayat sebelumnya ayat berbasa basi yang dilupakan seperti,

"....cuti berapa hari...,
salam Mak yer.."

Ayat itu merupakan suatu budi yang berterusan.
Titisan membasahi pipi, basah lengan baju, sakit tekak.

Alfatihah..
Qul..
buat mu, budimu 20 tahun lalu.