Pages

Monday, February 28, 2011

Sesekali Cuba Berfikir Bagaimana nak Kayakan Diri.

Letih memancing
ikan tak dpat

malam gelap
cuba cari idea?
Tasik Sek 7 sh.alam.

Esok buka gerai ajak kawan van cendol di 4 penjuru masuk ke Tasik..

Malam (pagi) ini curi seekor anak buaya, lepaskan ke dalam tasik.

Telefon wartawan media.

" ada buaya mengganaz"

akhir sekali buka gerai kulit Buaya..
Di tepi tasik.

"AWAS JANGAN ikut idea ini "

Dah nak malam, dah ujung bulan, apa yang tak jatuh ke Bumitanah.

Kunci kira2 kena tutup
cuba kira mana Hak milik kita yang sebenar?

Kerja, peloh jatuh ke tanah.
Asap rokok, naik sekejap, awan menjadi penapisnya.

Berapa pegang wang
kalau bergoyang jatuh ke tanah.
Tv jatuh ke lantai.

Jadi kita hanya tolong jaga tolong pegang hanya sementara.

Bila2 masa, datang banjir, angin dan terlepas dari jagaan.

Kalau tiada perompak dan pencuri.
Bukan milik kekal.

Warga tiada pdgaran Bisu, manfaat 3G gajet.

Sebelum ini, tak terfikir warga istimewa ini guna telefon. Bila nampak 3G dengan kawan2nya guna memek muka dan jari. Terkedu seketika.
Nikmat Tuhan buat HAMBANYA.

[POLITIK] Rakyat Pasir Mas Perlu Cari Jalan supaya adakan Pengundi.

Baiknya rakyat P.mas
tiada demo
atau apa2 aksi supaya piliharan Parlimen diadakan.
Byk projek akan turun, mana tau, pasar baru cepat dibinanaik.

PILIHANRAYA P.mas. Bila bila bila?
Cepat2..

Nasihat menasihati, bertuahnya Seorang Anak, walaupun sudah kahwin.

Belum tua bangka, tapi dah kahwin dan ada anak.

Pada pagi hari menerima nasihat/panggilan dari seorang Papanya.

"ASsalamualaikum, kat mana ni? Oo..
Nak, Tak kerja?, tak elok asyik cuti..kalau tak sakit."

Tenang mindahati seorang insan bernama anak walaupun jawatannya A.Manager.

TUAH badan.
Perlu bersyukur

Utusan Malaysia dan Kosmo, baca boleh, beli kena fikir.

Baca boleh, fikir nak beli
baca online je.

Bagaikan mendengar aduan/ cerita budak2, baru balik dari bermain bola. RAGAM dan pergaduhan.

Kena tapis sebelum percaya.

Sunday, February 27, 2011

Ada Tak Watak Lelakiku Nak Ngaku Aku Gatal Atau Kasanova?

Lelakiku adalah Gatal.YE gatal
pengambil sempatan.

Nampak peluang rembat
ngap
khasnya jika ada kaitan Kuasa
tambah ada wanita, perempuan atau gadis.
Datang dambakan pertolongan.

Jujur dalam hati berkata
tak nak menggatal,

sikit atau banyak walaupun ada ruang
ada peluang.

[15SG &15PL ] Bila Lelaki Dewasa Pakai Pampers.

Demi kerja
memandu atau perjalanan, masuk mini Super mart, capai Pamper " Adult' SL.
Pakai.
Kerana sakit perut (mencair).

Cirit birit bila asid bergaduh dgn alkaline
dalam punya kes.

Huuh, ada rasa geli2 suam suam belengah rasa punggung.
Eee gatal2, uu weekqr..

Tak lalu nak membedal, akibatnya

Jumpa tandas je, tukar.. Nak tukar cari tandas.

§ 15 PL tanda umur baligh zaman akhir. Zaman ICT.

~ 27/02 BACHOK-Mayat seorang nelayan yg dipercayai terjatuh drpd botnya yg dilambung ombak besar ditemui terapung dilaut sekumpulan nelayan hari ini.

{Semasa} Dataran Kemerdekaan S. Alam, malam ni. 27 feb.

Datangla ke Dataran Kemerdekaan S. Alam, malam ni. 27 feb.
Ada teater dan ustaz2 jemputan.

Datangla bertiga dan lebih.
# kemerdekaan( merdeka dari UBN kan?).

Salah tak salah dari sosial...

Bila bicara kes sosial ada ayat Salah tak salah.
TAPI kalau kes Hukum wajarla guna ayat, Haram tak haram, halam tak halal. Subhat atau tak berdosa.
Maupun DI HARUS.

Menampakkan kesamarataan atau sempadan istilah.

Logiknya resepi sayur mayur digunakan dalam istilah cat mengecat.

Contoh. Tak salah,menggunakan mirror akaun utg rugi.

Tak salah kacau teh ikut lawan jam.

~~
27/02 Tumpat-Seorang lelaki ditemui mati dalam parit dipercayai terjatuh ketika menunggang motosikal di kampung Kebakat jam 7 pg tadi.

27/02 KB
-Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan samun serta merampas sepucuk pistol berserta peluru daripada mereka.

[15SX] Selamat mencium bAU durian, Sayang.

Petang minggu yang mengada ngada.

Umrppph mmg..urgp.. Sendawa

selamat menghidu
wangi harumnya aroma bau durian..
Dalam kereta yang sempit.
Hawa dingin memutar udara..

Musim durian dah tiba. APA nak buat.


Mengalahkan sendawa selepas makan daging kambing, bau kari kambing.

Sopan tak sopan, sendawa mana boleh ditahan..mana tahan ..Cium..CIUM lah sepuasnya.

Sayang dulu
cium dulu
sayang kemudian.

Ziarah.. Dendam Yang lama, terurai.

25 tahun dulu,

"...hahh, depan mata, daging yang ada depan mata, awak tak jamah?.. Jeles saya.."

"entah, tak rasa Stim, pandang macam tengok patung..( pengakuan insan).

"fushh, kulitnya putih Gebu, licin, ..kalau depan mata aku, rembat ratah je.." Aku.

" Yupp, lepas mandi, budak itu, sengaja bogel dan ketuk pintu, minta tuala dari saya., minta di lap tubuh, saya bagi tuala, suruh kembali ke biliknya"

persekitaran rumahbilik sewa pekerja yang berdekatan.

Pagi ini, sambil minum pagi, bila berkunjung ke rumah ibu seorang insan itu.

" Maaf, mak cik nak tanya boleh?
Anak2 makcik bahagia, cucu2 pun baik..wajah lembut ...dengar kata, apakah petua dan amalan?. lama pendam..

" Saya nampak tiap pagi, mak Membaca Surah Yaasin, lepas solat Subuh.." celah insan itu..

"Makcik tak pernah berebut tanah harta pesaka dan sentiasa ingat nak mencari rezeki halal dari Subhat."
jawab makcik.

Doakan bahagia ke anak cucu, bukan setakat atok bahgia, cucu lintang pukang.

Saturday, February 26, 2011

3 In 1, Celupar, Cenipu Dan Cembohong.

Aktiviti tiap hari dua hingga dan tiga tahun.

Laporan;
sms,
" KLFM t FdrlHWay jem, kereta ter sondol, di SGWAY.."

mms@klfm," pandangan sebuah kereta masuk longkang."

pagi.
Memulakan perjalanan ke tempat kerja..on the way..

~ hari2, asyik Aku yang hantar Sms, orang kena sondol, kalau aku yang kena, sah tak akan hantar.

Tengah hari, lokasi KL

~ " ..Hallo, sory saya ada di Kuantan.."

~ "...duit, belum ada, hutang awak, nanti dulu.."

malam on the way ke rumah.

ScrEeEE..T T T ... DoOMM!

Satu..

Screett.. Domm
dua

sscret ..dom!

lagi satu

Dom.. dom...!

Ambik, nah, remuk 4 biji kereta sekali gus.

Warga Kota yang kurang kerja atau memang Desakan Hidup,

Bila sebuah kereta atau motosikal yang tersadai diletak tepi jalan.

Tidak sampai 4 hari, kelihatan sebiji tayar motor hilang.
Lampu juga hilang depan dan  belakang.
Kusyen dicuri.

Sebuah pintu kereta pula hilang seminggu kemudian
sebelum itu 4 biji tayar hilang.

Kota raya yang memerlukan wang untuk bergerak pada esok hari.
Membangun bersama-sama masalah sosial.

* sebuah kereta merah rosak, diletak pinggir LB.RAYA persekutuan, selama 3 bulan oleh pemiliknya. Cermin depan pecah,lama lama tinggal rangka.

[Psikologi] Kenapa Wanita suka Mengorek Sesuatu Yang Rahsia Erqq?

Bila ada masa lapang majoriti Wanita suka mencungkil, tentang rahsia titik bengik anggota badan.
Badannya dan lain jenis.
Lalu membandingkannya

RAHSIA tahi lalat
rahsia tahi mata?(jangan mare)
rahsia tarikh lahir
rahsia hidung
kuku
rahsia mata



apa yang ada disebalik anggota tersebut.

Laku buku di pasaran
§ keluarga saya pun wanita, cuma saya cadangkan, korek rahsia AlQURAN dulu., lagi elok.

Air mineral, RM 4 Sebotol Di Gombak?

Benarkah, sebuah pusat Rawatan Islam di Gombak, menjual Air mineral Rm4 sebotol?

Siapakah yang terkena?

[SEMASA] Lorong Motosikal, Terima Kasih

Panorama mata

Terima Kasih pihak berkuasa, tugas tegas di Lebuhraya Persekutuan pagi ini. Masa yang sesuai.

Beli Nasi Lemak Pada Pagi Ujung Minggu, Pedas, enak enak didengar.

Pakcik: Dik, awalnya beli nasi..dari mana?

Adik: ..dari surau, ikut abah..

Pak cik : Ohh..(sambil memandang ke arah sebuah kereta, dibelakangnya).

Penjual Nasi: Hehe.. Adik anak baik, Tak mcam Pak cik kan?. Pepagi bangun Jogging...

..Aduzz pedah pedah...

Friday, February 25, 2011

BILLBOARD/layar besar depan Massalam~

Ada juga tempias Islamik.
Ada papar masa Masuk waktu maghrib sebentar lagi.
bagi kawasan Shah Alam.

positifnya bila nampak nak masuk waktu, anak anak boleh tolong baca.
Bila nak masuk membeli membelah, bila keluar ternampak masa dan pesanan.

 Mamanya boleh tolong ingatkan papanya, dah malam elok cepat balik rumah.

kan elok Niat dan pelaksanaannya.
Tahniah MBSA.
memandang positif terjumpa positif, punca dan hasil positif

[SETIAP MINGGU] Jangan Lupa Pagi esok , Datang Ke Litar Tak Rasmi S.ALAM

Masa antara 1 am ke 3am. Acara test drive dan ekzoz.
Lokasi antara Dataran S. Alam ke Bulatan Kayangan ke bulatan Uitm. Mcd dan KFC sek 2 dan 3.
Sila bawa bf dan gf masing2.
Antara model kereta honda, wira dan satria.

Jangan lupa
pagi sabtu.

[Semasa] Warga Libya, Luahan Rasa, Berdemo

Rakyat Libya mengadakan perarakan
selepas solat Jumaat

Jalan UThant.
Kuala Lumpur.


* Gambar Ehsan

AL MAKBUL, Ada Waris yang koma? Tenat di Hospital?

Al sebab al musababnya, dariNYA seorang waris tenat di katil.
Tanpa war tanpa pengumuman.

- Sedekahkan sejumlah wang, niat kepada pesakit , pesakit ke tabung. Tangan kanan kiri nampak, tapi bukan tangan org lain.
(bershkan dulu, wang itu dari sumber haram atau subhat).

- doa seikhlas mungkin.

Walaupun waris itu berada ratusan batu, tanpa melawat atau menziarahinya.

DIA MAHA MENDENGAR

InsyAllah 3 hari Kemudian, berita pesakit itu telah pulang ke rumah.

§ diceritakan, bukan riwayat dari seorang hamba ALLAH .
Ada satu 3 kes yang terjadi. Salahsatunya meninggal tidak sampai 24jam.(seolaholah melepaskan seksa mata memandang tamu dan pelawat yg datang).

Bab ingin Belajar, Wanita ramai.

Puji Wanita sikit.
Sifat kurang ego.
Mereka mengatasi lelaki nak belajar.
Sila jengok ke Yayasan Restu. S. Alam.
Minat dan masa.

Balai raya dan surau, aktif dgn wanita. AJKnya aktif

majoriti Lelaki men and man
sombong, degil keras hati, berlagak serta menjaga Bisa, takut hilang.

* baca luahan bob dalam akbar siasah.
"... Rezeki Allah bgi, usaha yang berkat..."
taknyanyi pun senang tak susah.

[PANORAMA]Masjid T.Uda, sek 16. Menadah Wang.

Jom kita tengok tengah hari nanti.

Seorang kanak
seorang wanita menadah wang
entah dari mana.
Itam manis kulitnya.

Di pintu masuk Hari Jumaat.


Tanah milikNYA.
Tanpa kira kulit hitam kuning. Cuma kekadang kita sibuk untuk jaga Amanah diberi hak memegang sementara.

Tiada yang salah dalam hal ini. Bukan niat cungkil punca.
Cuma pandangan mata dalam mencari sesuap nasi atau setangki minyak.?

Niat ikhlas siapa yang tau?
NIAT kerana Allah bg tau manusia?

Kalau Pagi tak sibuk ? Gegas kerja

Pagi pagi.
Sekurang2nya dapat menadah telinga
SYIRAH di Tv1
dan lain2 tv berbentuk ilmu.

(lainla jika ada Tv dalam kereta)

Andai paling malas.
Kerana itulah cara paling malas. Duduk saja. Tekan suis. Pilihan ditangan bukan dikaki dan minyak kereta. Jimat masa tanpa keluar rumah.
Kalau kerja, mungkin sibuk ke tempat kerja.

§bilakah kerajaan nak adakan Cuti pada Jumaat?

Thursday, February 24, 2011

Niat Kerana Allah, tolong seagama kalau tidak pun sebangsa.

Lalat.
Singgah di kedai makan. Tetiba nampak macam ternak Lalat
terencat selera makan nasi campur.
Tak sampai hati nak keluar tanpa minum.
Kan elok ada oven pemanas, sekurang2nya lalat lari. (Salah satu sebb Mamak punya ramai pengunjung.)
Niat nak tolong.
Ye kita hidup dengan kumpul NiAT Pun jadila.
Niat kebajikan. Walaupun amalnya tak sampai. Atau bocor dan tiris dari segi pelaksanaannya.

Niat hiburan,
stres
info,
tambah cawangan,
kisah tauladan
pedoman.
Dapat sikit Saham pun jadilah..

Pstz..ada sama tak dgn Niat mem blog? Hidup dgn niat.. niat niat..

Pisang Goreng (sek 19)

Berhampiran Komuter Shah. Alam.

Dimasukkan ke dalam bag kertas supaya menahan dari cepat sejuk.

Sedap pisang gorengnya, kerana rangut.
Rasa pisang lebìh dari rasa tepungnya, seolah-olah pisang salaiseparuh masak kemudian digoreng. Rasa lemak pada pisangnya.
Tepung tidak terlalu tebal tidak nipis.
Tiada lelehan tepung yang keras..
Belum senja sudah habis.

Lebuhraya Elite, memang Elite

Jika tak salah, adalah lebuhraya yang cukup lengkap dengan cahaya bila gelap. Tahniah.
Bila malam terang benderang. Cukup untuk menyuluh jalanraya.
Tiang lampu yang banyak.

Boleh kurangkan kejadian menyondol dari belakang bila berhenti di lorong kecemasan. Maklumla nak menuju KLIA. serta ke Putrajaya yang terang benderang.
JAGA maruah di mata Dunia.

~~~~~
24/02
Kerajaan Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang 1,006 anak negeri itu ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.

Hari khamis je mengamuk..

Bila mengamuk je tanda hari Khamis

bila Ujung minggu je mengamuk. SERBA tak mengena.
Bila mengena je bukan hari khamis Bukan Jumaat bukan Sabtu maupun Ahad.

Sketsa apa itu?
Adakah wanita dan lelaki yang tergendala datingnya?

Andai Suami seorang Pegawai

Pengikis dan penumpang nak makan tengah hari memang banyak.
Khasnya jika jejaka seorang pegawai.

Sekali dua kereta suami ditumpang untuk makan tengah hari, boleh baik sangka.
Tetapi jika dah hari hari, kena masuk kes lain. Yang wanita memilih pegawai je, paling tak EO.

Lebih2 lagi jika ada suami yang bersuara,

"dia pernah ajak nak tumpang keluar makan"
maknanya mencuba yang sudi.

[POLITIK] Apakata Negeri yang Luas, Ada wilayah Persekutuan

Adatak terfikir, menjual tanah oleh negeri2 yang luas tanah jajahannya menjadi Wilayah. Kini ada 3 , elok tambah jadi 6.
Supaya tidak berebut nak kuasai Selangor.

Bila ada wilayah tempias kemajuan akan ujud. Antara Negerinya Johor, Sarawak Pahang, perak atau Kedah sesuai.

Puasa Hari Khamis, yang Buruk Dirinya

Tengok orang dan dengar orang Berpuasa.
Nampak Potong Q, membebel di jalan.
Atau buat perangai yang tak sesuai bagi insan yang sedang berpuasa.

Terima hakikat yang buruk dari dia. ELOK banyak dari saya yang tak puasa.

Wednesday, February 23, 2011

[MAKHLUK HALUS] Buka Rahsia, satu Pengalaman

Tertonton ternampak bentuk makhluk halus satu ketika dulu.

Makhluk ini berbentuk leper boleh membulat memanjang, dalam bentuk yang ngeri.
kebanyakkannya leper bersayap.
Selalunya nampak kepala ke bawah.
Belum tertonton makhluk ini yang berwarna kuning, biru dan hijau.(warna terang)
Pernah melihat sayap dan tubuh bewarna hitam sedikit merah sedikit putih, kebanyakanya berwarna hitamkelabu.

setelah puluhan tahun kemudian terbaca buku dan bentuk khayalan pereka Grafik di kulit luar, sebuah buku oleh Penerbit Pustaka Aman Press (terjemahan) cetakan ke 5 1982(.jawi.) Penulis asal Ulamaq Al Azhar.



Grafik bentuk  seakan sama dengan bentuk makhluk yang pernah saya tonton.

Melayang di kebun getah dan pokok kayu.
Berkeliaran di kaki dan tanah tetapi tak pernah sentuh bumi.

Banyaknya makhluk ini boleh dibayangkan semasa anda memasuki pagar ternak itik dan ayam
Ternakan itu akan berkeliaran di kaki anda bila ternampak dedak atau makanan yang dibawa.

Orang bunian pula sekecil anak ayam dan berbaris seperti tentera.Tinggi sejengkal dari tanah dan berpijak ke tanah.
Mereka seolah-olah tau gerak kaki,. jika terpijak macam pijak air atau angin.


Menyamai Cerita Pelayaran Sinbab, sebagai Gergasi, di sebuah pulau.

sama ada jin hantu atau makhluk Halus, elok minta di tutup penglihatan, susah nak memandu dan berjalan.
NAk tidur susah, nak masuk tandas lagi seksa tak puas.

Tiap insan kelebihannya terendiri Anugerah Nya

dipertonton sekali setahun pun cukup laaa

[SETIAP MASA] Lebuhraya Persekutuan, antara Pintu Gerbang Darul Ehsan ke LRT Universiti, Makhluk Halus Boleh Menggangu Manusia.

Makhluk halus yang beribu ribu dan perubhan pembesaran serta pergerakan entiti itu, boleh menggangu penglihatan mata insan.

Semasa memandu.
Sama ada siang atau malam.
Terbabas jika imuniti tubuh tidak kebal.Tekan brek, bila melihat kelibat yang melintas..

lokasi sebelum dua buah Hotel bersebehan jika dari bangsar/kl.

Lorong motosikal juga menerima tempias,Tandanya,semasa menunggang, bila dicubit lengan tiada rasa sakit.

bila menunggang berseorangan serta ketahanan tubuh yang lemah, anda akan rasa melayang tidak berpijak, tanda telah ada makhluk halus bergayut dibadan. Bagai mimpi seminit, lalai akibatnya terlanggar tiang atau pagar disekeling.


sila baca ayat2 SUCI bila melewati kawasan tersebut dari kedua-dua hala.

Hati-hati.

Scan sendiri rasa sendiri. hayati sendiri.ALLAH telah beri kelebihan tiap hambaNYA.

# peristiwa di sebuah lokasi pusat latihan, Ulu Tiram. JOHOR.
Bila nak masuk satu lokasi bilik menghampiri Surau, terasa tiupan angin, sejuk panas..secara tiba tiba telinga rasa panas,tubuh seram sejuk.
Saya berdiri tetap,tafakur,tekankacip gigi, gengam jari. Gengam geraham, tunduk tahan nafas serta baca ayat suci.

5 minit kemudian normal kembali.
Inilah akibat tidak memberi as salam

Tengok pemandu Pakai Songkok, Sah Bukan warga Berasal dari Kelantan.

Toleh kanan. Pegang stering. Memandu dijalanraya.
Toleh kiri
jika ternampak memakai songkok petang petang sah bukannya warga kelantan Asli.

Kecuali dimajlis rasmi/gomen, warga kelantan lebih selesa pakai kopiah.
Itu imaje 90an.
Generasi baru.
Dulu2 mungkin imej songkok, kerana risau orang panggil haji.(70an).

Zaman persepsi, kakitangan kerajaan sokong Pas.
Takut ditendang JPN (bg guru) kelantan ke ulu.

Psszz..t agaknya warga negeri mana yang masih ramai pakai songkok luar majlis?

[semasa] Melewati Bandar Klang. Hujan, tanglong bergoyangan

Cuba upload gambar tanglong(tapi angin lembap )

, bila malam ada yang nyala, ada yang tak.
Ada tak sesiapa nak curi? Tanglong yang senget berjuntai juntai dengan kedudukan lengannya hampir jatuh. Tengah tiang lampu jalanan pusat bandar Klang.

Ujan ujan cuci bandar ke plb kelang.

[semasa]> merujuk boleh guna mgkin 2jam saja, mgkn berubh selepas itu.

[AGAMA] Isue Salam atau As salam

Salam bahasa melayu dan Arab
AS SALAM nama Allah
sebut dapat saham
jika ada muskil terus bertanya. Jangan disimpan.

Tak elok komen, seolah mengadu dumba penceramah.

Ianya lebìh kepada kefahaman penonton. Menyimpan khilaf was was tanpa merujuk secara terus.

Warga Selangor Ada Pilihan Membaca

Bagi mereka yang tidak sempat belayar WEB atau blog cetakan dan edaran surakhabar ini dapat memberi pilihan berita.
Soal menangkis membela dan info adalah soal kedua.
Yang penting tidak menyekat perkembangan info berita.


Pembangkang dan penyokong bersama-sama  memberi berita, terpulang kepada rakyat memikirkannya.
Ini zaman berfikir,
bukan sajian membuta TULI, PEKAK dan BISU.

* diedar antararnya di masjid dan surau.

[semasa] Dengar Ikimfm, boleh keluar air mata.

Ayat pemanggil, seorang Ibu. Setelah menegur kelakuan anaknya. Anak kesayangan.

"Bila tegur dia, dia menjawab. YA Allah Tuhan yg tau, sakitnya hati..."

Entah ada insan lelaki bernama anak, tetiba kelopak mata berkaca. TEKAK KELAT PAHIT.

KERUSI plastik

Sama ada minum bawah pokok atau duduk di kerusi carpet.
Ada pembantu atau tiada.
Habit dan gaya hidup lambang pergaulan.

Andai di luar bidang kerja, kita lihat ada insan yang tak kisah disorong sama ada kerusi kayu atau plastik, asalkan bersih.
Kalau bahasa kucing boleh difahami, turut nyampah dan geli.
"..
Nak tidor tak senang.."

zoom, siap mengarah lagi, kerusi itu, ini tak nak.
Bila bersara, baru terasa tiada watak yang hormat dan segan.
Selama ini, mereka segan kerana pangkat.

Dialek:
auta= peteh.(oo bab menjawab memang auta/peteh.
Rosak= punah ghanoh
terlebih manja= manja kededek

Tunjuk Jari Ke Muka Semasa Bercakap

Sambil minum, sambil memamah dan meratah.
Berbual dan berbincang.
Bila jari ditunding ke arah muka, mungkin tidak selesa kepada kawan,tapi biasa pulak kepada pelaku.

Bergantung asal kumpulan kandang mana kita berasal.
Mengembek kasar atau menguak lembut.

Kalau nak ikut Gred atau priori pangkat,?
Apakah bila bersara gaya akan berubah?

Walaubagaimana pun pendapat saya, tunding jari boleh direndahkan ke arah leher atau bdan bukannya muka hidung atau mata, nanti buta.

Tuesday, February 22, 2011

KalimahNYA, Gambar Benar dan Asli (bukan Orang Asli)

terkedu,,SubhanALLAH

... BATU..batu...batu (update)

Versi malam
ambil seketul batu masuk dalam gelas.
Bersila sebut batu sebanyak yang boleh. Ulang 40 hari
40kali
macam hafal skrip nyayian.
Masa sesuai pepagi yang sunyi.

Dengan bantuan Setan yang cerdik.

Batu pun boleh terbang.

"Saham saya tak tanggungjawab"

Versi Nak malam, ikut sunnah mana?

Ikut Sunnah mana? Melayu?
Islam?
Nak maghrib elok masuk rumah.
Simpan cangkul
tolak basikal masuk garaj
masuk mandi
tua ikut gaya orang tua.
Muda ikut orang lama.
simpan bola.
Kayu golf kat mana?

Bilboard Warna hitam di Lebuhraya

Bila dongak ke atas kepala semasa memandu.
Ternampak papan digital hitam.
Kosong

ada juga kelihatan Huruf U saja.
Punca tak tau, masalah tak tau
harta siapa?
seliaan siapa

ye memang susah agaknya nak jaga..

Elok kalau ada tulisan cuaca, jam, dan info trafik segera, no pejabat kerajaan yang berkaitan spt KHDP. Isikan lebh elok berbanding kosong.

Pesan guru membazir Tuhan marah.

Singgah beli Goreng Pisang

Bila pulang kerja, singgah beli Goreng pisang.
Kalau ada pilihan, pilh pemilik yang tidak pakai warga luar.
Pekerjanya anak sendiri dan tuan punya sendiri.

Zoom dari jauh kebanyakan jari tangan pekerja 'luar', ada yang pengotor, colek, korek sana dan sini.
Sapu seluar dengan tepung. Kerja makan gaji. Normal.

Jika lelaki, Tengok ada pakai rantai tak? Pakai subang tak? Di situ hantu bergayut 'membuang' ke dalam goreng pisang.

Tuan punya lebih ikhlas jaga kebersihan.
ELAK lokasi
Habuk debu bercampur.

Dialek:
seketul tanah= tanah Kho.
Tak lincah= betat
crane balak= Stewo
panjat= ghukah
pusing=pe'to

[semasa] KM 3.0 Pulak Ada Lori terbalik, menghala Sg Way

Lebuhraya Persekutuan sesak. Ada lori terbalik menghala sg way.
Tukang tengok join sama.
Kedua hala turut tempias.

Baguz, nak tiba tol bt3 akan menunggu sesiapa potong lorong kecemasan.

Makan Tengahari, Datangnya Untuk menguji..DENGKI dijauhi.

Rezeki siapa yang tahu?

Seorang insan lelaki, berselipar.
Senduk nasi dan lauk, layan diri.
Kedudukan kerusi antara dua buah kedai rapat2.

Semasa nak labuh punggung ke kerusi, tuan kedai sebelah bersuara:

" sana, sana..."
akur pindah ke kerusi sebelah.

Datang sebuah kereta, adegan lambaimelambai dan senyum, antara 3 penumpang dan insan tadi. (kawan lama agaknya).

" Hai lama tak nampak, Sini sini ..."

Semua hidangan 4 orang, dibayar oleh insan tadi.

Moralnya menolak pelanggan untuk duduk, tak tau rezeki yang mendatang, kita tak kenal apa status pelanggan. Walaupun ambil nasi dari kedai sebelah, apasalahnya menumpangkan makan.
SIFAT orang Melayu?

Amalan Membuat Panggilan Semasa Memandu.

Hukuman Keras buat pemandu ini.
Memandu di lorong laju.
Memandu dengan sebelah tangan.
Amalan yang menggangu insan lain.

Lokasi Lebuhraya persekutuan.


yang ditekankan adalah membuatb> panggilan.

boleh disemak LOG panggilan.

Potong Q

"psssst Roti telur satu, cepat sikit saya ada hal"


Bila sudah selalu buat kerja potong Q
Masuk kedai yang ada kawan-kawan rapat, pesan roti canai pun nak potong Q.

Perkara yang kecil remeh sampai ke perkara yang besar-besar.

itu belum kira potong Q anak masuk U,
potong Q dalam urusan anak atau
dalam urusan peribadi yang lain.

Menjadikan hobi dan habit ini selagi ada kabel dan berkuasa.

alahai insan yang berhemah namanya.

natijahnya


" dia kawan saya dulu"
"kawan sekampung"

dia classmate saya"

"..jangan risau dia satu sekolah dulu"

"..dia sama kursus dengan saya"

"..dia junior saya"


* membuka RUANG untuk orang mengata, kurang sopan.

sembunyikan komunikasi dalam Potong Q supaya orang tak tahu dan tak mengumpat.

kalau dalam kes yang besar-besar termasuk SALAH GUNA kuasa pulak.

Monday, February 21, 2011

[POLITIK] Kerajaan Pusat, Memang seorang Ayah yang baik.

21/02 Lebih 2,000 penduduk kaum India di Ladang Kerilla terima peruntukan RM100,000 daripada Kerajaan Pusat bagi besarkan dewan kuil Sri Maha Mariamman.

Komen;
memang banyak wang. YE jadi ayah yang jujur. Tanpa pilih menantu.
Terima kasìh daun celagi..esok bagi byak lagi.

##
21/02 Kenaikan harga getah melebihi RM9 sekilogram di pasaran tempatan sekarang memberi pendapatan lumayan kpd lebih 48,000 penoreh getah di Kelantan.

Kamus:
mudah=semesek/kace jah.
Tipu/pura2=wak lolok

Lebuhraya Persekutuan, sesak dan sesak? (UPDATE)

Sesak kerana ada Tol?
Sebelum Tol ada 3 lorong.
Bila nak masuk Tol, tambah
6 ke 8 lorong, keluar lepas tol menjadi 3 lorong semula.
Muak jemu bertambah bila tiba Sg way, lorong kecemasan digunakan sehingga ke exit Kerinchi/ bangsar, dari Ldp juga penyumbang Sesak Lebuhraya Persekutuan. Makin banyak simpang keluarmasuk makin sesak jadinya.

Pada waktu pagi, keluar kerja selewatlewatnya 6.45 pagi mesti telah berada di atas jalanraya tersebut. Jika tidak masa 2jam dihabiskan di dalam kereta untuk melepasinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~-0
minum petang 3.00 petang

Suka suka memang saya suka

"Sebentar tadi kelihatan sebuah lori di ESCORT"

jika tiap-tiap hari kelihatan pegawai trafik menunda serta menahan terus SITA lori senget serta buruk membawa pasir batu tanah dengan canvas yang koyak rabak melalui Lebuh raya ini.

andai dibuat pemeriksaan secara rawak dua jam sekali pun bagus..

Lunch, jika kita tak Kebal

Memilih makan.
Kedai subahat
makanan dan minuman yang suci.

Peringkat kacau tea
kacau mee
yang dah sah tak baca BismilLAH.
Elok dielakkan.

Kecuali anda Kebal. KEBAL yang jarang dimiliki oleh hambaNYA.

Hanya sekali insan ini, mencelup ibujarinya dan membaca surah2NYA. Zarahzarah kotor mendap ke bawah. Menawarkan unsur resepi Setan. Air kencing setan yang landing sejak dari awal penyediaannya.
Jarinya bercahaya melalui mata hati.

Jika tak kebal zarah2 setan masuk ke perut.

~10 pagi ~ SEKETUL Batu Pun Boleh menjadi Selebriti.

Sila percaya.


Seketul batu mungkin akan jadi Glemer.

Ambil seketul batu, letak dalam tembikar tembaga.
Ambil gambar dari 8sudut.
Gegarkan meja. Ambil video.

Buka 8 blog.
Buka 8entry
upload ke You tube.
Huraikan bentuk batu, pipih bulat dan warna.

Buka 8 newbaru FB

Share se dunia.
Mudahan batu itu akan terkenal.

§ Sesuai untuk penjual produk kamera.

[PESANAN] Jika Berkunjung Ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya

Jika berkunjung ke JPN Putrajaya. ELAKKAN meletakkan Kereta di pinggir jalan.(garisan kuning)
Menyesakkan, tidak salah dan jangan marah jika menerima surat dicelah wiper.

Sekurangnya ada penumpang menunggu serta injin dihidupkan.

Parking jangan lebih 15 minit, kerana Pihak penguatkuasa ada meronda tiap 20minit.

Pukul telinga, topik kahwin

Ajak kawan, ayah kawan naik kereta ke kedai makan.
Buka Ikimfm.
Sumbat telinga bila ayah tak restu anak kahwin.
Pilihan anak, ayah tak setuju.

Sunday, February 20, 2011

[ZIARAH] sayang Ayah

Rampas Kuasa dari seorang Ayah.

Pagi minggu. Sambil minum pagi.
"Ayah, kami dah sepakat, ayah tak perlu fikir politik dunia lagi.

Kereta dah ada Masjid dekat, ayah pergila ulang alik 5 kali . sehari. Biar kami pula mengasah idea.
Beri peluang orang muda pula.
Saya dan kami juga yang malu jika ayah buat silap."

[JIWA] Orang Nak Kata, Tapi...

Jujurkah cinta jika;
bini berumur dan berharta dari suami,?

Suami tidak serasi dengan mertua lelaki?

Itulah akibat dari kahwin tanpa restu. Bercampur ego dan tiada tolak ansur kedua pihak.

Kahwin atau nikah niat untuk memboloti harta isteri?
Sakit jiwa bila isteri asyik war warkan suami akan jadi Duda kaya, jika ia meninggal dunia.

Orang nak kata pun katalah, tapi telinga tetap berasap kerana berasas.
Adoi adoi..

!!!APA kelas nak anak tak hormat orang tua?
Moralnya yang muda patut mengalah. Jika sekali tak nak salam,cuba bersalam bertegur sapa kali ke 2 atau ke 3.

{Mata}Pemandangan Yang ingin di lihat pada pagi Hari.

Sebuah Bandar yang bersih lagi hijau.
Berjoging atau berjalan-jalan di kaki lima tanpa botol Arak.
Tiada pulak nampak pengutip botol arak, sebagaimana tin minuman.

Nak minum sila minum di rumah

Tiada Pengemis tidur di kaki Lima.
Tiada kereta tersadai tanpa tayar lebih dari sebulan.


Menara MBSA kelihatan kelabu.,catnya luntur.
§ bukan mencari punca, hanya terserempak punca.

Saturday, February 19, 2011

[NEON-NEON] Mentari Court, Warga Hitam Darimana?

Daerah P.jaya.

Dalam negeri Selangor
sebelah Sunway.
Melewati depan mentari Court, kelihatan warga hitam agak ramai, keluar masuk.
Ada permit tak?
Tuan rumahnya tahu ke?

Apa kaitannya, kalau kerajaan Selangor ada anggota polis sendiri,
Elok tak kalau ada Emigresen sendiri.?


kesannya;
bini orang dibawa ke bilik,
isteri orang
anak gadis orang
dibedal..

Sindrom Jual nama

Cöntohnya sistem Pendidikan ABc.
Dirasmi YB,
Disokong Dr.
Ada Prof.
Ada Geran
sokongan beberapa nama.
Tak salah cuma Ngilu, bila ada funtion, bila ada iklan ada kes menjual nama, entah tuan Punya rela ke tak?
zaman ini sijil dan Degre pun boleh dipalsukan inikan pula penganjuran majlis.

Persepsi pengguna suka ditipu dengan title.

Semuanya Manisss...: Sayangi daku ......

Semuanya Manisss...: Sayangi daku ......: "Salam manis and ceria ... Sabtu baru ini , saya sekeluarga  shopping di Giant Kijal , Kemaman   . Ececeh... macam banyak duit jek ..."

[DBKL] Lebuhraya Persekutuan, Sesak depan Sekolah 6 hari.

Depan sek men Perempuan Kuen cheng. SESAK

Lebuhraya Pesekutuan
PAGI dan 1.00 thari.
Sampai ada pilihan jalan.
Sama ada ubah pintu pagar sekolah atau lencongkan jalan..atau adakan anggota trafik.

[MERAPU] Kerja Dan Update Entry Bukannya Sukar.

Dengan adanya 100follower sudah cukup untuk 100hari. Satu orang satu entry.
5 stesyen radio, 5 slot pagi, ulasan profile djnya sudah dapat 5 entry.
Slot petang pula ada 5, 5 entry baru.
Drama Tv minima ada 3 stesyen,maknanya sudh ada 3 ulasan.
Seminggu ada 7hari.
Sudah ada 21 buah drama. Paling kurang ada 21 entry baru.
Belum masuk ulasan sukan, agama dan hiburan.
3 entry sukan, agama dan 6 hiburan. 12 entry.

Dalam sehari boleh campur campur menjadi minima 30 entry sehari. Itu hanya untuk kisah radio, tv dan folowers sahaja.


Entry anak anak 2 kali sehari. Untuk suami 2kali seminggu sabtu dan ahad.

Gunakan setting option>schedule>publish, tiap 30minit sekali.

Dataran S.alam Sudah Bersih

Sebelum diserbu oleh anggota Polis, Dataran S.alam tempat melepak remaja. Positif.

Kini lenggang.
Sebelum ini bila pagi cuti dan awal sabtu atau ahad ramai berembun di sini.

{Panorama} Pagi Depan Pejabat

Tika Turun dari motor.
Nak buka pintu kereta.

Belum buka pintu kereta
atau tika pemandu bertukar

Ibu ibu tunduk mencium tangan suami.
OOh betapa hormat dan sayangnya.
Sejukmata

Kekalkan sehingga masa pejabat tamat.
Tiada perhiasan diletak bersepahsepah.
Amin.

Friday, February 18, 2011

Sifat dan Perilaku Bonzer (ME'GE di Kelantan)

Dengan tugas menarik kereta atau kerja kampung. maupun berniaga kecil kecilan.

Orang kelantan sebut Me'ge. kepala Kampung.

Bila masuk kedai kopi, watak ini digeruni.

bila borak kena hormat sikit Salam dan senyum.

yang pasti misai tebal.

secara positif watak ini boleh dibawa berbincang mengajak anak remaja tubuh pasukan futsal dan lain-lain.

Jika 'Kepala Desa' ini kerjanya  membeli getah atau menjual barangan,  tiada watak lain berani masuk kawasannya.

Hero laa katakan..

jangan kacau kawasan..

Pertembungan hanya berlaku bila ada penguatkuasa yang menghalang. ..kalau nak harap penduduk / orang sesama kampung memang tidak berani menegur salah laku watak ME'GE ini.

Dia Me'ge kampung ini kampung itu.

* tiada kena mengena dengan kes ..PERAIH beras dan peraih minyak petrol di Rantau Panjang.
pekerjaan dan periuk nasi turun temurun.


Me'ge hampir menyamai SAMSENG dari sifatnya, .tak mustahil berketurunan ke anak cucu.

"...DOA INSAN yang teraniyai  pun  tiba di Langit..."


Dialek:

Kawasan= kelewasan
berlanggar= Te'puh
sudut= juring (sudut meja, juring meja)

Gelap dan Cerah

Perasan musim ini bila pukul 7pagi masih gelap.
Gelap tak nampak tar/aspal/tanah

Pukul 7.30malam masih cerah.

Cerah nampak tanah

Tidak Guna Laluan Moto

Lokasi Tol Bt 3.
Suka, kalau boleh menahan motosikal, hari hari.
Penguna jalan yang tidak ikut peraturan itu.

Godam, mengodam digodam

Bila blog yang dibuka ada isu panazz, tidak semua yang suka
aliran setuju dan tak setuju pendapat

terbahagi Dua

satu musuh satu penyokong
satu pihak makan Gaji untuk mengodam satu pihak makan Gaji untuk mempertahankan digodam..

menghantar Trojan ke pemilik  blog yang tidak disukai sifat specis yang normal..
menanam virus

selamat bekerja



mudahan bila TUA nanti tiada penyelesaian buat silap semasa makan GAJI dulu2. lalu TULIS buku membela diri..

diarah mengodam

Yang penting mengodam, soal kebenaran tolak tepi.

contoh di godam

* pernah nampak IP didelete dan blog digodam..tak kisahhhhhhhh.

[GOSIP] Angkuh, Banjir di Tenang dan Johor

Gosip yang menjurus ada kena mengena dengan banjir di Tenang?

"KaLAU LETAK NABI sebagai calun, PUN KITA LAWAN..."

lalu banjir pun datang.

UjianNYA dIA MAHA MENGETAHUI.

Sama ada kebetulan dari celupar mulut siapa yang menentukan.? Kecuali...?

Perbandigan kisah benar di kelantan dulu2.

Seorang penanam tembakau mati dipanah petir, selepas cabar Allah, dek hujan mematikan tanaman tembakau berharga puluhan ribu.
Bila hujan menenggelami tembakaunya,
meninggal dunia dengan tangan pegang parang.,dalam petak tembakau.
.walahh ua'lam

{Meditasi} Diri, menuju ke Masjid.

Memandu kereta besar
3 kerusi masih kosong
tidak pernah rasa bersalah bila ternampak seorang jiran atau insan berkopiah, berjalan menghala masjid.
Sehala masjid
pada hari Jumaat(sudah semestinya nak Solat Jumaat).
Parking untuk sesebuah masjid bukannya besar sangat.

Alasan tidak bersalah:
"
- eh eh eh ikut akula, Aku punya.
-Sapa dia nak aku tumpangkan
-aku beli kereta tak kongsi.
-usaha aku sejak kecil, bukan malas
-ingat senangke nak beli kereta
-mak bapak aku kaya
-bila tumpangkan nanti banyak soaljawab atau hilang bau wangi dek peloh."

{Panorama} Sejuk Mata

Ahaa macam ini sejuk mata
Bas Mini yang Kreatif berlegar di MBSA
ada langsir
perkembangan minda dan idea positif


psstt..sebelum ini memang buruk di mata


Dialek mini:

Benar                       = sungguh/sengoti ( sungguh saya tak tipu)
pukul/tibai                = godem
tindih                       =kenyek (dia tindih kucing dengan kaki),kenyek kucing
berhenti                   = Bhoo,  (berhenti la buli dia), Bhoo la buli dia

Thursday, February 17, 2011

Tumpang Lalu, salah satu Pintu Masuk Malaysia.(yang mendakwa negara Islam)

Hari raya CNY telah berlalu,

masih ada tulisan happy CNY

Masuk sehari cuti Maulid Rasul
masih ada tulisan Happy CNY

bila cuti telah habis
kini Welcome to Bandaraya Subangjaya




* terdengar kata-kata slot IKIMfm pembahas Dr Ridhuan Tee

"Sains dan Peradaban"

dari 8 orang melayu tokoh koperate, mungkin .;

".....orang melayu yang ada dan kaya tapi sibuk nak kawin artis...."

{Panorama} Pelek sedikit., Bulatan tanpa U-TURN di Shah Alam.

Bila berkunjung ke Shah Alam (Bandaraya).
Samada melalui atau melewati (bukan LIWAT) seksyen 20 atau 19, mungkin boleh bertemu dengan satu bulatan yang tiada U-Turn.

* ehsan tukang cuci jalan

 Bulatan Jubli Perak


Bukan kritik, cuma pelek di mata.

Habis kalau Pakcik dan  Atok yang sesat, nak kembali dan menyesal dari celah-celah kehidupan tiada U-Turn ker?
tunggu bulatan depan sikit, menunggu kereta di hadapan bergerak dahulu.

Dialek mini:
 Sial = Suie
menyusup pagar = nyughup pagar
sopan = toma'ni'nah ( gadis itu tiada toma'ni 'nah, langkah/melompat depan orang tua)

[ Ceramah Agama] Pemantauan Kuliah dan Ceramah di Surau /Masjid, cara JPJ perlu ditiru (update esok Jumaat))

Demi menjaga keharmonian dan kualiti sesebuah ceramah kuliah agama, wajar pihak berkuasa memantau perjalanan dan pengisiannya.

Contohi tauladan dari Pihak JPJ, adakan borang penilaian selepas ceramah dan kuliah di sesebuah surau. Supaya tiada timbul fitnah perniagaan, jual buku dan pengisian yang lemah. Bentuk dan cara penyampaian yang membosankan serta mengantuk oleh para jemaah yang hadir. Masa selepas maghrib, selepas makan malam, kelihatan jemaah akan tertidur jika suara yang dikeluarkan oleh moderator agak perlahan.


Juga menggelakkan cerita Syok sendiri penceramah.

Borang penilaian boleh diedarkan dan dipungut oleh orang luar bukannya pihak nazir, AJK masjid untuk meyakinkan jemaah yang hadir, sebarang komen akan dibuat perubahan.

Pengisian dan Hukum

Andai kita terdengar sesuatu fakta atau hukum yang bercanggah dengan normal ceramah dari seseorang ustaz??apa yang perlu dibuat?

wajarkah menegurnya secara berdepan on line dikhalayak ramai?
atau secara berseorangan semasa minum?

* Dengar cerita tiada jemaah yang berani  menegur seorang ustaz yang MENGHINA RASUL? dalam ceramahnya??..
~~
17/02 Orang Asli kehilangan punca pendapatan setelah ladang getah seluas 100 hektar didakwa ditebang oleh syarikat dilantik kerajaan Pas Kelantan.

Dialek:
berjalan secara perlahan= kese- kese
jalan slow= koho
tindik kutu= tindah kutu.
Malap =sebe

Koc Wanita, Denda yang sesuai kepada Lelaki

Sudah tiba masanya pihak pengurusan KTM mendenda lelaki yang degil, memasuki Koc untuk penumpang wanita.

Lelaki degil tidak sama dengan lelaki yang malu dan reti bahasa .

Tiada undang-undang bererti saranan yang dibuat secara umum buat lelaki., yang dengar dan yang tak dengar/degil  adalah sama.

Membuat pilihan Koc sesuai untuk yang tau menghargai wanita. Jadi undang-undang perlu dikeraskan kepada satu dua golongan.

Kalau ada sesiapa perempuan yang berani bolehlah spare dua tiga bungkus Pampers bayi terpakai, bila nampak lelaki dalam Koc wanita hadiahkan mereka sehelai., letakkan diribanya..(sila ikut arahan ini).

[PENGHARGAAN] Terima Kasih Pihak Polis Selangor.

Payung Biru

Idea,saranan dan pelaksanaan Op s Payung kesan positif. Antara kawasannya sek 7, S.alam.
Dengan 3 anggotanya mendekati warga penduduk.
Jika berdepan dengan Pagar sekolah lagi elok, tiada pelajar yang berkeliaran.
Pelajar Senior kurang mengajak ke arah ganster pelajar junior.
Kalau boleh, banyakkan Payung, masa dan lokasi.

Yang positif kena puji.


Tahniah
Terima Kasih daun keladi.

Apakata kalau Pegawai Kerajaan yang Bersara tulis Buku.

Elok juga jika selepas bersara, tulis buku.
Paling tidak buka blog.
Melepas fitnah dan tomahan semasa bertugas.
Sama ada ditukar tanpa sebab dan sebagainya.
Penipuan kenaikan pangkat, pencurian thesis dan lainlain.
Memberi panduan generasi junior supaya menjauhinya.

Wednesday, February 16, 2011

[WARGA LEMBAH KELANG] Cuba toleh kiri kanan semasa memandu ketika Sesak.

Tiap hari kerja, jalan sesak.Warga KL yang sentiasa sibuk. Kelihatan

>Lena dalam bas.
>Sedang Menyapu gincu.
>Memamah roti.
>Sikap rambut sesekali
dan penumpangnya menonton Tv., berapa keratkah yang menghayati Tv9 semasa jammed? Khasnya Slot tanya ustaz

Lokasi S. ALAM, Kedai makan, Pilihan.

Jika berkunjung ke mana mana kawasan atau seksyen S. Alam, membuat pesanan nasi lauk ikan kembong goreng panas dengan bayaran sebanyak RM 7. 00. Sekepala.
Nasi Putih tanpa sup
goreng halia atau pedas atau masak kicap.
Dengan nilai harga sebanyak tersebut memang adalah dikira mahal.

Tak kira kedai makan milik warga petani, siam atau Jawa. Bawah pokok atau beroda.
Termasuk Restoren atau foodcourt.
Hak pengguna memilih kedai makan oleh pengguna
Kecuali Hotel.

Sebagaimana dengan harga sebungkus nasi lemak berharga RM5.90, (nilai dan rasa RM2.00 kedai biasa) di sebuah restoren Seksyen 11.

Tuesday, February 15, 2011

[LINTAS LANGSUNG] Depan Pintu Masuk UITM.S.ALAM

Bila menunggu lampu trafik di depan Pintu pagar uitm s.alam, kelihatan kereta yang melanggar lampu merah memasuki UITM., dari sek 7 s.alam.
Pemandunya Ok, cuma Kereta yang buta warna.
Jika pihak yang ingin menjana pendapatan negara elok buat saman di kawasan tersebut.

~
15/02 Sebanyak 20 Pusat Jalur Lebar Komuniti berjaya menarik 14,000 anggota di seluruh Kelantan sejak program dilaksanakan di negeri ini 2 tahun lalu.

Gempur maksiat di Kelantan,TAHNIAH

15/02 Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam melakukan operasi gempur premis hiburan bagi banteras bandar ini drpd aktiviti mungkar-Setiausaha.

Selamat gempur bersihkan, moga jadi seperti Bandar di Brunei.

Warga yang nak buat maksiat boleh kunjungi luar daerah.

~ 15/02 TUMPAT-Seorang lelaki ditemui mati di dalam kereta yg dipakir di bahu jalan berdekatan dengan lampu isyarat di Kota Kubang Labu petang kelmarin.

Bila Bermusafir , Persepsi singgah masjid hanya untuk..dot dot..mandi..


Bila bermusafir, banyak cara untuk melepas lelah memilih hotel, guest house, Inn atau Homestay.

Buangkan persepsi singgah masjid atau surau hanya untuk mandi atau 'membuang'

Sewajarnya melepas lelah dan lena sejam /dua di Guest atau Inn, dek kerana menjaga privasi, kemudian singgahlah di mana-man surau mengira?? berapa baris jemaah  yang datang sambil
mengutip permata dari moderator bersama warga veteren.

Sejuk mata hati setelah melalui perjalanan yang panjang.

~ 15/02 Mayat seorang pekerja penyedut pasir sungai yang lemas ketika bekerja sejak 2 hari lalu dijumpai di Sungai Kelantan di Kampung Kemubu hari ini.

Maulidur Rasul 1432 Hijrah, SATU MALAYSIA SATU UMMAH

Maulidur Rasul 1432 Hijrah


1 Malaysia 1 Ummah


agaknya ada berani ker bubuh macam ni?
SATU MALAYSIA SATU UMMAH sebagai mana  di sini

Monday, February 14, 2011

Berbahagia Sebuah Pejabat itu jika ada Tukang Tadah Telinga.

Bila masuk kerja selepas bercuti, alangkah bahagia jika ada dua tiga orang tukang tadah telinga.
Mendengar luahan kerenah bila bercuti berkongsi DUKA..itu ini
Dari kisah anak cucu keluarga ibu keluarga ipai
belum kira kisah suami masing-masing.


Berkongsi gelak tak perlu ada orang mendengar, cukup senyum dengan hidangan cerita gembira.


" ini nak ngadu ni".


"saya sakit leher"




"saya deman"



"saya sakit kepala"



alangkah malangnya bila ada teman-teman yang  menjawab:

"nak ngadu pergi pejabat agama"

atau "..di sini bukan  pusat aduan.."..




hik hik..hik..

Lega bila ada orang dapat mendengar sambil bertafakur tanpa senyum.

Setidak-tidaknya ada juga cerita masam diselang selikan dengan cerita manis.

Amannn.
.tanpa stress kawan-kawan dalam sesebuah pejabat..
SENYUMMM
tolong menolong juga kan,,kannnn

Sunday, February 13, 2011

Test



Pekan Rengit Membangun kerana ada Bekas Tun Menteri Pelajaran?.jom makan SOTO power di MILO soto Warisan.

Allahyarham Tun Haji Sardon bin haji Jubir antara pejuang Kemerdekaan, pernah mewakili Parlimen Rengit JOHOR.

Andai anda ke Pekan Rengit jangan lupa singgah makan di kedai "MILO "soto warisan. Minta perencah kicap. Minta bergedil jika tidak dimasukkan. PUAS makan.

Sebelahan Pump minyak Shell. Sebelah kiri jika menghala ke B.PAHAT.

Soto enak, Sekali rasa 3 kali nak lagi. Sotonya, ayam perisa sup.

Alangkah elok jika di buka cawangan KL.

KM 50.3 Plus Highway, menghala ke Johor Bharu.

Kita akan tengok Papan Iklan yang menunggu untuk jatuh. Sebelah kiri dari exit simpang Pontian. Hati hati bila angin kencang.

Jika tumbang ke atas jalan raya, luasnya boleh menutup kereta kancil.

Dengarkanlah Radio IkimFM di Kaw Johor. 89.5 Mhz, sejuk telingahati.

* nota hati,
pesanan ini untuk pengguna yang melalui kawasan tersebut sahaja, tanpa menyentuh mana2 badan/ syarikat.

Saturday, February 12, 2011

[POLITIK SIKIT] Rakyat Kelantan Ramai 'Kepala'

Yang menang dan menjadi Pemerintah adalah kerana majoriti.
masih ada pembangkang dalam mana -mana penyokong atau kerajaan.

Dalam Pemerintahan PKR pun ada segelintir yang masih taat kepada partai lawan.

Dalam pemerintahan BN sekalipun tetap ada kakitangan dari partai berbeza, mereka pun boleh menjadi duri dalam daging.

Dalam Pemerintahan PAS masih ada yang menduduki PBT, menjawat jawatan tetapi tetap penyokong Kerajaan pusat, kerana yang menang adalah majoriti, jadi minoriti tetap ujud untuk sabotaj apa-apa projek penyokong.

Dari segi keagamaan dalam mana-mana organisasi setakat satu golongan yang inginkan perubahan islamik,
setakat ketua yang taat dan beriman, ketua yang tidak amalkan rasuah, masih ada segelintir pemburu projek yang suka hiburan, WANG serta tanah.

Pembangkang yang bekerja dalam kerajaan rakyat samada selari dengan Pusat atau tidak pasti ada,
Specis inilah yang boleh membuka rahsia sesebuah mesyuarat. Apa yang hendak dihairankan.

Sekurang-kurangnya ada perubahan ke arah Islamik dalam mana-man PBT sesebuah negeri. Seekor dua insan yang tidak menyukai Islam tidak perlu dihebohkan kerana ini adalah gologan minoriti.

---Lima dan enam orang yang berada di tangga atas  berminat ke arah Islamik belum tentu disokong oleh golongan bawahan dan rakyat jelata keseluruhannya.

SI*AL, BoD*H.! CELAK*

"..!BAB'!!, SI"L..!

Bagaimana agaknya jika kita tetiba terjun ke dalam keluarga kelompok getah memakihamun. TUAH jugakan? . Keluarga dari Datuk nenek tumpah ke cucu pakar dalam sumpah seranah.
Hendak ke sekolah menyumpah. Nak pakai kasut mencarut. Nak mandi pun keluar ayat cabul.

Tak kan kita hendak hasut anak anak supaya jangan berkawan..., kelak anak kita pun dapat pelajaran secara tak langsung dari keluarga itu...


Lagi teruk jika atuk selalu menyumpah seekor kucing yang memancut 'airnya' ke rim spot keretanya. Cucu pun belajar dari atuknya.
Jangan bersedih cucu turut memaki atuknya;
"BoD *H ,BAHLU*.."

Bila Pelanggan Ramai sangat...

Tidak perlu marah, bila kita ambil kuih-muih sendiri, kemudian pesan minuman. Sambil membaca akhbar, makan kuih sehingga habis. Air tidak sampaisampai.

Bangun ke kaunter dan membayar kuih muih. Pihak kaunter mungkin tidak perasan makan kuih tanpa air. Bayar kuih tanpa air minum.
Mungkin kunjungan terakhir kita masuk ke situ. Tiada kesan hanya seorang pelanggan yang lari.
Apa salahnya, masuk ke kedai sebelah buat pesanan baru dan minum sehingga selesai.

Friday, February 11, 2011

Masjid Negeri, ada Talun

Kuliah zuhur, gema bertalun kirakira 30saat.
Mungkin kerana ada 6 menara, Mbsa, hotel dan 4 menara dalam masjid.
Bila kaki memijak rumput (dalam pagar masjid) dengan kelihatan berhadapan puncak dua bangunan, ayat pengkuliah dapat didengar kembali dalam kira kira 20saat. Ini mungkin suara gema speaker dari 2 menara yang menghalaberdepan bangunan tersebut memantul semula ke arah masjid.

[CAPS LOCK] API, API.......... APIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII, Belajar melalui mata

Tanpa ajaran seorang pensyarah.
tanpa ajaran seorang ibu.
tanpa tunjuk ajar seorang ayah.



Sebenarnya semasa masuk komen ke dalam BLOG orang lain, Penggunaan HURUF BESAR, tak perlu belajar  dari mana-mana GURU.


Andainya kita ingin mencipta kelainan daripada pengomen lain, elok secara positif, bila kesemua pengomen yang lain menggunakan huruf kecil, kenapa kita tidak menyokong dari belakang?. Umpama masuk sesebuah majlis, semua tetamu berdiri tetiba kita mencangkung, itu kreatif kurang Adab namanya.

Kesopanan dan kesusilaan tanpa mengira umur dan agama.

Belajar melalui mata sudah memadai.

*Antara kajian yang tidak boleh dipercayai adalah, bila ayat ganaz ada kaitan Pengalaman pakaian seragam di alam nyata. Bila ekzoz kereta bising je itu adalah individu anggota beruniform. Bila kasar di alam maya je, terbawa bawa dari tugas harian penguatkuasa.

Dialek:
me'peh=hoyonghayang, senget (kenapa dia berjalan me'peh )

emas sepuluh= jari sepuluh (betapa powernya emas sepuluh tika minta maaf.)

gerak= kejut..(gerak dari tidor)

Thursday, February 10, 2011

Nasib Baik Ada Hari Jumaat.(Update)

Tidak kira alasan Global dan Glokal, jika dunia nak berhubung dengan Negara kita nereka boleh tunggu jika kita cuti hari Jumaat.

Kenapa Negara Brunei boleh bercuti pada hari Jumaat dan ahad.


Cuti hari Jumaat merangsang ke arah Positif  keagamaan. soal individu hendak berkelah pada tengah hari Jumaat itu soal lain. Itu sifat Individu. Pilihan individu dan anutan warga lain, sekurang-kurangnya pemerintah membuka ruang untuk bercuti pada Penghulu hari.

Enam hari bekerja, Hari cuti dan malam cuti seolah-olah sebagai satu tiang mengingatkan perjalanan hari.Bertukar seminggu..Seolah olah ada parit untuk melepasi ke minggu berikutnya.,  kurang sedikit tahap kelalaian  mengira masa antara ke hari, ke minggu dan bulan.

Perjalanan Jauh melalui Bas, Pilihan.

Terdapat sebuah bas berwarna Hitam dan Kelabu dimiliki oleh sebuah syarikat bas, cukup selesa.
Walaupun dua tingkat, bas tersebut cukup selesa untuk tidur.
Faktor;
- bas yang baru
-ruang letak kaki yang luas, usah kedekut dengan menambah barisan tempat duduk.
-goyangan gegaran kurang.
Terasa macam menaiki siri Mez 280S ke atas, khasnya kalau duduk di belakang.

Selagi Belum Terkena...Alahai Wanita

Alahai Sang Isteri

Selagi belum terkena, wanita kurang arif, sama ada kawan boleh menjadi duri dalam rumah tangganya. Mengundang ULAR masuk ke ruang dapur. Bercerita tentang periukbelanga. Nampak kebersihan peti sejuk.

Susahkah untuk mengenali SPECIS BETINA sebegitu???

Wanita yang boleh memahami wanita, buka mata dan hati.
Betina sahaja tau di mana mencari mangsanya.

Dek kerana meletakkan kepercayaan yang terlebih sangat, sang isteri berkongsi masalah dengan kawan yang sudi bertandang ke dapur. Tanpa disedari mengundang ruang, suami untuk digoda.

Masalah itu rupanya akan digunakan untuk menikam belakang seorang kawan sendiri. Alahai.. Kesempatan ada di mana-mana. Merebut peluang.

Bila terjadi kes suami dikebas orang, saat itu sesal pun sudah tidak berguna lagi. Jika terasa ada sesuatu yang pelek elok diajak orang ketiga dan keempat untuk menilai dari sudut kaca mata mereka. Mana tau dek kerana budi kesalahan di depan mata nampak kelabu dan kelihatan bersih.



MINI DIALEK:


Apadia =Gapo


Perangai =pe’el (buat peel)


Handal= bisho ( bishop ditetak tak LUT)

Tuesday, February 08, 2011

Mengutip Permata Secara Percuma pada Waktu Rehat

Alangkah bertuahnya insan yang diberi cahaya mengutip ilmu permata.

Zaman ini ilmu dihidangkan secara percuma di Kuliah Zuhur yang bermula 12.30pm.
Cuma memerlukan berkorban dan kongsi masa dari rehat sejam. Selepas makan atau sebelum makan tengah hari.

RahmatNYA.
Syukur.

~~
8/02.
Pasukan Gerakan Marin Pengkalan Kubor rampas 9 ekor lembu dan 1,260 liter petrol kesemua bernilai RM31,894 dalam 3 serbuan sejak Rabu lalu.

~~
8/02 KOTA BHARU
Seorang guru menengah cuba merogol pelajarnya sendiri empat tahun lalu dihukum penjara 8 tahun oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Monday, February 07, 2011

Bila Bukit Nak Merajuk

Ketika ke Putrajaya, melalui ELITE HIGHWAY, selepas USJ, menghampiri Putra Perdana, kelihatan sebuah bukit  sedang digodol.
SEKSI dengan warna tanahnya yang kekuningan.

Pembangunan diperlukan, tanah diperlukan untuk menimbus lurah.

Agaknya bilakah sang bukit akan merajuk lalu meruntuhkan dirinya sendiri.
Alang-alang  manusia sendiri yang suka bukit dihancurkan dan dirobohkan, elok terus meruntuhkan diri sendiri, biar sama-sama melepas.
Sang bukit tidak boleh tegak menjadi teras bumi, Sang Manusia tidak boleh menggunakan tanah dan batu untuk pembangunan.

Kenapa Ada Ayat seribu Dinar, Taksub?

Bagi saya, dalam AlQuran ada ayat dan surah.
Kenapa taksub Seribu Dinar. BOLEH kah nilai Ayat Allah dinilai dengan Wang? RM, DINAR, peso, rupiah atau Dolar?
Olehitu namakan saja ayat seribu dolar masukkan ayat lain, supaya nampak mahal

[LUAR KOTAK ] Suami Mithalak VS Isteri Mithali @ 2 X 5

              
Dalam Kereta...

SUAMI MITHALAK: Padam muka dia orang
ISTERI MITHALI: hheeee tertipu dengan aktiviti sihat kita....

SUAMI MITHALI: yer harap U jaga rahsia ini..hanya kita 3 orang bersama Pengerusi yang tahu kesemua rahsia Perakaunan pejabat.
..


                             MUZIK SELINGAN



                 
                                 //////000\\\\\\\\\\\00//////////00\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Kekal Teratas link di List Sahabat Bloggers

Untuk kekal top(bagi mereka yang tiada kerja) link senarai Sahabat blogger's.
Tekan Option dan Post Date and time.
Klik automatik tiap tiap jam.
Bila bangun pagi edit lagi sekali, klik automatik lagi.
Ini menjadikan Entry anda berada teratas di senarai bloger kawan anda. Walaupun tanpa update.
Untuk remote publish pada masa yang diingini, boleh juga klik scheduled At.

Sekian Pesanan Masyarakat siaran ulangan bagi mereka yang sudah tahu.

Sunday, February 06, 2011

Rakan Masjid Yang Telus.

Ada pemantau atau penyelia.
Sebagaimana ada projek manager.
Aktiviti sukan dan Kompang tidak menggangu jemaah dalam pagar masjid.
Waktu petang jarak waktu solat rapat antara zohor dan asar. Apakah tiada orang luar yang singgah solat, pada ujung waktu Zuhur?.
Bunyi bising remaja menggangu solat.
Bukan senang kerja sukarela jika malas memantau. Penubuhan rakan Masjid wajar elakkan mencari nama atau unsur politik satu pihak sahaja.

Bila Cuti Perayaan, Mesin AtM Buat Hal.

'Mesin rosak'

Bila cuti Perayaan mesin menjadi malas.
Bagaimanakah emosi mereka yang kekeringan tetiba melihat Atm rosak.
Kes berulang tiap tiap tahun.
ELOK ditampal kehabisan wang tunai, nampak telus bukannya menampal ayat seolaholah menipu penggunapenyimpan.

Satu lagi kerenah yang dapat diubah, salahkan hardware, tanpa kelibat humanware.

Kamus:
tempang=kek'cok (gaya jalan)

Saturday, February 05, 2011

[ICT] Opera Mini, Kerenahnya Semasa Melayari Internet.

Bagi Enjin Pencarian Opera mini.
Sama ada telah dibekalkan oleh syarikat Jenama Gadjet atau install sendiri.
Kerenahnya tetap ada, apabila melayari web.
Selepas ditukarcabut bateri setting masa dan tarikh berubah.
Apabila terus save tanpa laraskan masa dan tarikh semasa, akan keluar internet error, server not detect. Oleh itu laraskan semula. Bila di on baru boleh belayar dengan lancar.

Tak semua web/blog yang daftar domain boleh dibukabelayar, kecuali add setting personel email dalam menu masej handfon yang betul terlebih dahulu.

[BANJIR] Bencana Alam Dan Mesej 'SIAPA'

Banjir


Andai rumah saya dimasuki air secara mendadak. Selepas mencuci kelodak, Saya akan berfikir secara langsung apakah masih ada harta benda yang tidak bertapis dimasukkan ke dalam rumah. Bertapis dari segi undang-undang Negara atau Agama. Menapisnya seperti mana menapis air untuk diminum menggunakan filter.


Menyenaraikan mana- mana yang patut dibuang secara lembut, sebelum air banjir yang datang /tahun depan juga secara lembut tetapi mengganas, tanpa maaf menghanyutkan keluar.


Bencana Alam hanya satu istilah untuk pelbagai bangsa.
Jika HATI yang KERAS, sebesar dan sekecil mana sekalipun mesejNYA tetap tidak difikir atau diambil kira.

menu  loghat:
samseng= gedeber
tepat     =  kena atah butir
berselisih faham = terkehel

Friday, February 04, 2011

[JUMAAT] Kita pakat Berebut-rebut Bersalaman Dengan Tok Iman pula

Selama ini berebut hendak bersalam dengan Adun dan bakal Adun, tiba hari ini elok sambut dan tunggu tangan Tok Iman. Salam erat mesra tenung wajah jernih lagi lembut bercahaya.

Selepas berdoa ngadap Iman. walaupun tak nampak projek yang akan dibawa. Hari cuti sabar menunggu Iman berbaris dalalam bulatan. Kalau dengan Wakil rakyat boleh diraikan apasalahnya pula meraikan Iman.

Thursday, February 03, 2011

Amboi Besarnya, Hamper Dia VS Musim Anak-anak ke MRSM



Amboi besarnya Hamper dia.

Agaknya siapa /golongan petugas manakah yang mendapat Hamper besar-besar.

Sms1: Tahniah, Anak U dapat masuk MRSM
Sm2: Tahniah anak lelaki bongsu U, ke tingkatan 4 MRSM.



* soalan dari bawah pokok;
                                              Kenapa MAJORITI antara anak-anak  tentera atau anggota Polis, Anak-anak  anggota tentera  majoritinya
    pintar?
Jawapan bawah pokok:
                                       Sebab TAK banyak makan hamper kot..
                                       hihihikkkk..

selamat bercuti..CNY..

Wednesday, February 02, 2011

Idea perlu dicari bagi tanggani/elakkan kes Pembantu rumah jadi Perompak

~ 2/02 KOTA BHARU-Seorang lelaki kerugian RM450,000 apabila beberapa barang berharga termasuk barangan pusaka dilarikan pembantu rumahnya.
~SINARKELW 2/02 KB-Kelantan menghantar RM120,000 menerusi Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.

~ SINARKELW 2/02 KB-Majlis Fatwa Kebangsaan digesa supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah.
(* mengkaji makan gaji, ibadah juga kan?).

Tuesday, February 01, 2011

Mesir oh Mesir, DOA mereka yang terabai dan teraniayai.

¤
1/02 KOTA BHARU-Lelaki dihukum penjara lima tahun kerana lepaskan tembakan terhadap mangsa dalam kejadian di Wakaf Baru, Tumpat. Kelantan.

¤ 1/02 KOTA BHARU-Alumni Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir rayu kerajaan sedia pesawat khas bawa pulang lebih 1,200 pelajar Kelantan di Mesir.

Persepsi Negatif kepada GAGAK hitam', cian

Bila pasangannya berkulit sawo matang, mengendong bayi kembar.
Satu pasangan yang nampak kurang mesra, pelek.
Begitula adat duagelitir membawa lumpur, yang lain terpalit.
Oh Tuhan Ampunkan makhluk ini, dek buruk sangka.

*Lokasi pemandangan cuti cuti Wilayah Persekutuan.

~0~0~
1/02 KOTA BHARU-Sebuah keluarga nelayan terpaksa berpindah pada waktu malam akibat ombak besar yang melanda pantai Kuala Pak Amat Kelantan, sejak Khamis lepas.