Pages

Tuesday, June 29, 2010

Dah Cukup

Dapat berbakti untuk masuk tandas atau diguna pakai buat ambil Wuduk pun jadi lah..
hari Jumaat dia menjadi rebutan....

kecian 'dia' tak pernah  masuk TV bila dibuat siaran langsung.
 Asyik fokus ke depan sahaja


jadi saya bagi kredit si DIA ini masuk Blog..
siaran tertunda hari Jumaat.


Maha Pencipta:





Dailek:

'Kendak' adakah sama dengan Khalwat??

Sunday, June 27, 2010

“ ..Moga Ku dapat menambah HIDAYAH serta petunjukNYA..”






..Meninggal dunia tanpa menyusahkan mereka yang hidup, meninggal semasa pulang dari tempat yang baik-baik, bukan sebaliknya. (sorak sorak, nyanyi nyanyuk..lompat compang-comping..)










.. ..............Aminnn..









*Dalam diri.


HUH UHU HUh?????


 

Friday, June 25, 2010

World Cup 2010, dua lubang satu bola, antara aksi penjaga gol yang ngilu

Dalam banyak aksi penjaga gol yang menampang, menampar dan  menangkap bola untuk meyelamatkan bola dari masuk ke pintu gawang.
 terdapat satu aksi yang NGILU pada mata saya.
Ketika menangkap bola yang ditolak pemain lawan, secara rendah, lalu memeluk kemudian terus duduk,kedua lututnya ditekan ke rumput.Memeluk bola diperut.Selepas itu masih tak puas hati dengan keselamatan sebiji bola agar tidak dirampas oleh pihak lawan, penjaga gol itu terus  merebahkan badan ke tanah sambil mendakap erat sebiji bola dibawah perutnya.Sayangnya dia kepada bola.

menyembunyikan kereta mainan di dalam baju dalam aksi yang serupa, semasa berbalah dengan adik beradik.




*tanpa niat menghina jawatan Penjaga gol.

DIALEK:
 tangis  = Ti'ak
gemuk macam gajah  = gemuk macam geduk
baldi                         = beldi
air lumut/air kotoran dalam longkang/air dari bawah dapur  = air chaa

Thursday, June 24, 2010

Buruk sangka terhadap PERISTIHARAN

"Saya telah tutup kilang"--- ------------Perempuan, wanita, isteri dan ??????

"Saya  tiada hormon (MANDUL) "----Pemuda, suami, lelaki dan ?????





bisa diajak berjalan
bisa diajak keluar makan siang malam.
bisa digoda.
bisa dikerjakan

LELAKI
tidak perlu kondom
tiada saman bila anak dilahirkan---,tiada benih yang tertinggal di merata-merata tempat.

Wanita
tidak takut DIROGO*------------ kes buang bayi boleh dielakkan.
selamat dan menjimatkan dari membeli ubat perancang.

Wednesday, June 23, 2010

Islam atau Adat pada waktu Maghrib????

* kalau boleh elakkan  memulakan (baca lagi memulakan) SMS semasa dah dekat nak solat maghrib.
* Niat ber sms samada untuk dijawab dengan kadar segera atau tidak.
* Mendail kawan semasa 10 minit dah dekat waktu solat (biar pun kita tidak solat).
* 10 minit selepas waktu maghrib juga dikira masa yang agak sibuk tidak kira bujang atau berkeluarga.

* alahai sungguh beratnya menerima TETAMU pada waktu Maghrib.

Menghampiri waktu maghrib juga masa untuk mandi
                                      mengunci pintu kereta
                                       menutup langsir
                                      menutup tingkap
                                     menutup pintu pagar
                                    baru selesai menyiram bunga
dan pelbagai semakan di luar rumah.

Isue di atas tidak termasuk  waktu zuhur atau asar, yang dikira masih dalam perjalanan samada memandu atau dipandu.

Wednesday, June 16, 2010

Warga Kota Tinggi, Sungainya yang bersih

                                          Kg Kelantan???






                            *  gambar Sungainya telah terdelete

Masyarakat Kota Tinggi boleh berbangga kerana sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekannya bersih.
Tahniah.

Walaupun ada bangunan yang terbengkalai, bila menapak di lorong belakang kedai dan bangunan, tiada bau yang kurang enak.

Alangkah elok jika dibina tempat menjamu selera, ala-ala Benteng.

Tuesday, June 15, 2010

Salah Pintu

Bila salah pintu
muka kena tebal.


* selain dari salah bilik
             salah LUBANG
             salah kereta


Wednesday, June 09, 2010

Izin

"Saya faham maksud awak, dan awak pun tentu lebih faham suami awak jenis macamana orangnya. Jadi jangan sesekali kita berperasangka buruk pada pasangan. dalam soal ini saya minta maaf la wat hati awak jadi risau..jika ada keIZINan, kita pun boleh jadi kawan".

OOh bini AKU dah nak ada kawan, memula kawan kemudian jadi adik.Pandai, pandai memang cerdik, mengayat bakal seorang MADU. Sang suami teramat suka mempunyai isteri kedua yang lebih cerdik dari isteri pertama. Pandai membelit.

~~rojak:

ciri-ciri pembelot dalam sebuah perjanjian atau perdamaian.

1..mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengatasi  apa yang telah dipersetujui bersama oleh anggota atau ahli perjanjian...
2. membuat tindakan yang menyalahi syarat perjanjian damai kedua pihak.
~~~~~~~~
Dailek:

lembek = tilam
Peleting = straw/penyedut minuman
Gonyoh  = sental
beleming = berlumut
igak = tangkap

Wednesday, June 02, 2010

Worm.Win32. Jangkitan Melalui Pendrive

Worm.win32

Cucuk Pendrive yang baru beli kepada Laptop atau Pc kawan anda.
Biarkan seminit

Cucuk balik pendrive tersebut ke Laptop anda.
Warning Worm. win32.
""..beep beepp""
..keluar bunyi. (ini pun jika Laptop kita dipasang antivirus, anti trojan dan malware).

Jika tidak, semua fail dalam laptop akan dijangkiti malware dan virus, memory jadi rendah wujud Folderbaru kosong entah dari mana,
 Laptop jadi lembap.
Tanpa disedari klik sana KLIK sini,
FOLDER MYCOMPUTER HILANG.


Oleh itu
BELILAH anti virus, malware atau pishing yang tulin.
anti trojan yang tulin.

Tuesday, June 01, 2010

Aduhai Negara Arab

Aduhai Negara Arab Bersatulah..

Hanya ini yang dapat kuluahkan.

Negara Arab yang besar, jika nak dibandingkan Negara Israel.
"
Oh Tuhanku, Allah Dikau Yang Maha Perkasa
di mana tenteraMU?, turunkanla pengajaran ke atas  musuh Islam di sana."