Pages

Sunday, November 22, 2009

Lumrah

Menjadi lumrah, akan terganggu bila ada saingan. Pacat atau lintah. Setakat ini pacat belum boleh memberikan sumber kewangan kepada manusia. Mungkin suatu hari nanti pacat akan berbalah dengan lintah. Darah belut untuk lintah. Pacat kempunan, merasai darah belut. Lintah sudah menjadi bahan komersial. Pacat masih belum laku. Pacat bebas menghirup kehidupan normal. Agaknya pacat melidi, kurus sangat, darah yang terhasil sedikit, tiada yang berminat. Lintah masih belum ada saingan.

.


“ Bagai pacat naik Handphone”



************************
Kamus Dialek Mini:

De'ne kope = becak (lumpur)
busuk banga-= amat busuk
sesek=guris (kereta)
Belawok= bohong

************************


24 comments:

eelobor said...

suka dgr lagu dikir nyanyian munirah bertajuk pacat. sekurang²nya pacat di hargai bila di buat lagu khas. blum pernah dgr lgu tuk lintah. hehe

kunin nehhe,itey leggey, putih star, biru settor,kelabu .....??? hehehe

eelobor said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

Antara pacat dan lintah, saya rela ular...

kecik merayap tak nampak.. bahaya..
LAgu ular dah banyak, sbb lumrah gak ular sukar lagu dari seruling..

myQza said...

macam mana lintah boleh naik ke darat!

rosnanie said...

lintah ke pacat ker, dua2 I geli, ular pun termasuk dlm list, eeeiii .... tak sanggup...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

azie - betul. Saya pun suka ular... suka sangat!!!

echah_syed said...

pacat,lintah,ular,katak semua tak sukeeeeeeeeeee :(

Cetusan said...

Eelobor,

belum sempat dengar lagu itu, nampaknya pacat dah glemer.

Azie,

Ular dah lama terkenal, silap mata dan seruling. Bahaya soal kedua asalkan boleh diperalatkan masyuk. Bila engkar lawan tokey,terus buang. tetap ada kepentingn kepada Insan.

Tedi,

sebab lintah sudah jadi mashur, maju..sesiapa sahaja boleh tolong daratkan..dari dalam air. Bisnes punya pasal.

Ros,
Geli dan takut normal bagi wanita,bila terpaksa dan ada kepentingan kena pegang juga.

VIC,
aik sejak bila Azie dengan VIC sejiwa...huhuu, risau..

Echah,

Masih belum masa, terpaksa untuk memukul dan membunuhnya. Terpkasa memukulnya..hilang geli

Aishah Nur Hakim said...

errr..yg kams dialek ni sume..dialek mane ek?sory la..baru nak belajar..

macam pelik~

Seroja Jingga said...

geli lah lintah

cheryna zamrinor said...

sha - masih takleh bezakan lintah ngan pacat. apasal ye?

Cetusan said...

Chery,
Lintah lagi besar, asal usul di sawah menyedut kerbau.Lintah pling keil besar jari kelingking.

Pacat asal-usul di dusun berkeadaan lembap tanahnya.Kecil dari jari kelingking.

Seroja,

dulu geli, sebab terbiar, kini lintah dah moden. Berada dalam botol.

Aishah,

dialek Kelantan , dan separuh daerah Besut, Ganu Kte.

Unknown said...

camna nak pronaun ayat memula tu..dene kope?dene tu bukan mcm berair ke?cam menangis meleleh2 gitu?owh..dasatnyer bahasa ku..hahaha

Cetusan said...

She-G,

Pronaun seksa sikit..(tau pun)

..bagi sesetengah daerah antara dalam negeri juga berbeza kan,

contoh,

Sa'in =kawan

ada pekan yang sebut

Sa'e= kawan

Aishah Nur Hakim said...

ohhh...suka2!

tapi tak reti nak sebut jugak.

chup.
bila la nak abes gambar pacat ni. penat tutup mata~

eelobor said...

pepatung=tuyyup=puting beliung=helikopter=sama mkna cuma daerah yg berlainan

Cetusan said...

Eelobor, entah dari daerah mana menggunakan;
pepatung= Pok Ebeng (mungkin kerana mata yang bulat, entah apa kena mengena dengan 'EBENG'.

rosnanie said...

ZZ, dene ko'pe tu bukan ke maksud dia berlendir2 dan dlm kuantiti yg banyak? Ianya bukan untuk lumpur semata2.

confuse jap

Murni Alfathunnisa said...

lintah ke pacat ke..both pun i geli..dua2 pun hisap darah.

p/s: paling gerun=lintah darat

Cetusan said...

Ros,

Oh, saya terlupa,
maaf. Terima kasih tambah info..

Cetusan said...

terlalu fikir banjir hee..lumpur,,

Cetusan said...

siti Murni,

Lintah darat sudah ada,
Pacat darat belum wujud.

iDAN said...

Saya baru balik dari Sayong KK memang di ladang kawan saya tu banyak pacat.

Biasanya ada babi memang banyak pacat; masalah di kampung sana begitulah, tak ada orang buru babi, maka pacat makin banyak.

Pacat tak sebahaya lintah, bila dia kenyang maka gugur sendiri. Lintah jangan main; banyak darah akan hilang, katanya lintah pilih darah yang kotor sahaja. Betul ke?.

Cetusan said...

sdr Idan,
yer, Pacat landing pada kaki Lembu, Lintah dulu2 suka kerbau.