Pages

Friday, November 27, 2009

Ala Kadar

Menu yang dihidangkan berupa Sup segera, mungkin kurang lembut. Daging atau tulang mungkin kekurangan sup atau rempah. Ada yang belum sempat menumbuk sambal. Dek kerana lapar selepas berhempas pulas melapah lembu korban. Semangat tolong-menolong yang utama dipamerkan kepada generasi muda, sambil mengajar cara-cara melapah daging korban dari seekor lembu yang telah disembelih. Andainya golongan berumur menunjukkan rasa malas, ego dan sombong menjamah pisau untuk memotong daging?? Busuk atau kotor,  macamana jika tauladan itu diikuti oleh generasi muda?.





Sesetengah daerah, acara makan ini diadakan dengan mengajak, sebanyak dua tiga hidangan(satu hidangan sebanyak 4, 5 orang,  yang terdiri daripada jiran sekampung, pada sebelah petangnya.

~~~edisi Raya Aidil Adha/Qurban di kampung bukan di bandar. (mengupah warga indo)~~~

Kamus Dailek Mini

mughih=marah
nyetok= merajuk (sikap panas baran)

12 comments:

azieazah said...

Syukur juga masih berpeluang beraya di kampung.. masih dinanti kepulangan... masih ada bonda, anak buah yang merindu..

gotong royong bukan paksaan kan? bukan juga asyik nak tunggu orang lain mulakan dulu...

BRO, saya suka lihat cara menghidang ala kampung tu. Bentang saprah (fesyen pun klasik, sulam jenis lama). Duduk bersila, makan berkongsi tanpa garfu..

Betapa saya rindu suasana itu...

Salam Aidil Adha BRO ZEQZEQ...

Kakcik Seroja said...

Wah.. dah makan daging korban ya Zeq.. kat tempat kakcik, esok baru acara menyembelih lembu akan dijalankan..

rosnanie said...

ZZ, suami korban pagi tadi, bw balik tulang kaki, saya buat sup, pastu bila dah siap, baru perasan limau takde, ala.. tak cukup ramuan ler, terbantut selera yang menggebu.

kalau kat kelate, paling suka bila mak buat sup/singgang

Cetusan said...

Azie,

dah adat kampung sama-sama basah, kalau orang buat ibadah qurban kita ikut. Lagi senang suruh atau upah orang, tunggu dirumah atau wakilkan daripada buka
kelab 'bual'. Elok dok bandar buat di masjid2.

Kakcik,
Orang kampung boleh keluar solat sunnat raya seawal pukul 8.15am., jika kerjasama dalam kelompok kecil masih sempat solat Jumaat.

Ros,
Lagi enak perut rebus di masukkan telur.

Cetusan said...

jika melibatkan organisasi besar nak sedia kerusi plastik canvas besi atau kusyen pun dah satu kerja.
Kelompok kecil boleh bersila.serta daun pisang pakai buang.
Kelompok besar kena beli alas yang besar dan berbayar. Belum kira sewa khemah.

myQza said...

wah! untungkan kita duduk kampung.. semangat kejiranan dan gotong royong tu masih menebal..

eh.. di bandar org indon ke yg buat?

cheryna zamrinor said...

salam aidiladha. kurang2nya masih sihat ketika beraya. Alhamdulillah.

--dari budak sakit, Sha

:P

rosnanie said...

tedi, kat bandar bukan setakat indon, bangla pun ada. kalu tgk mau tak lalu nak makan

Cetusan said...

Tedi, '
tidak timbul bandar dan desa, yang penting banyak jari dari banyak mulut semasa bekerja.Sebuah taman elok dibuat dua tiga lokasi sembelihan, soal nak bersihkan, soal kedua. jika di Masjid pun memang kena cuci. Darah sembilahan akan dinikmati oleh makhlukNYA yang lain, serta cebisan yang kecil.Ada setengah lokasi orang Indo yang upah/buat, terus sedekahkan kepala, ekor serta belulang..

Sha,

Sihat adalah subjektif,
jari sakit,,dll walaubagaimana pun tetap syukur selagi dapat berbakti tak semesti kepada INSAN, banyak makhlukNYA yang lain di muka bumi.

Ala ciannya jauh nak tolong,tolong dimanjakan (tolong bodek)..hhee

Ros,
Tuan lembu boleh upah ..zaman WANG tanpa jamah TAH* usus lembu..serta darah hanyir..

anyss said...

ZZ: Tiap tahun, rumah kami jadi tempat "pertemuan & sembelihan" qurban. Mintak halal daging sekilo sorang untuk terus masak masa tu jugak. Orang lelaki lapah lembu kat luar rumah, Orang perempuan masak untuk makan tengahari untuk sama-sama dimakan selepas kerja melapah selesai.

Makan ramai-ramai masa ni sangat best. Perut tengah lapar, letih...boleh makan dengan meriah walaupun hanya daging goreng n singgang bersama acar sahaja. Meriah tu buatkan semua orang lalu makan...

eelobor said...

sempat jgk merasa perut mudo nyicoh nga air asam & sambal....peerrgghhh tijjok molep bos

iDAN said...

Di Meru Klang memang meriah juga, kebetulan adik ipar ada ternak lembu maka numpanglah sekaki berkorban di sana;

Supnya pun memang sedap, kuih muih yang banyak sampai tak termakan; terasa amat betapa makmurnya negara kita ini.

Terkenang kampung halaman sana, sekampung amat payah mahu tumbang barang seekor dua lembu pun. Terlalu ramai berhijrah, raya tak balik; orang kampung semakin miskin; siapalah mahu berkorban.

Tanah keliling kampung pula habis dibolot golongan kaya & VVIP.