Menikmati daging dan tulang fresh dari Ibadah Qurban.
Ikhlas dalam membuat kerja sukarela membahagikan sesama insan yang memerlukan nikmat daging baru, bukannya daging import.
Kerengge pun ingin menikmati sama, inikan pula Insan yang bertibaran di atas muka bumi. Adil dan iklhas dalam kerja.
Harapnya tidak tertinggal atau terlepas pandang terhadap mereka yang benar-benar miskin, samada dalam bandar atau luar bandar.
Logiknya jika tuan rumah sewa mendapat daging korban, sang penyewa terlepas pandang. Menolak fahaman politik atau hindari corak/tahap moral sesebuah keluarga pada pandangan masyarakat setempat.
ada yang TAK kena dari segi pemantauan jika bukan kerana MALAS meninjau.
Assalamua'laikum, Masuk laaa., < "Tiada hak cipta dalam Islam" diizin salin jika perlu. SEMUA GAMBAR ADALAH WAKAF TIADA MILIK PERIBADI! KECUALI PERNYATAAN PEMILIKNYA SERTA GAMBAR MILIK LINK! Harap maaf jika terdapat iklan yang memberi "bonus di Akhirat "atau gambar yang seksa
Saturday, November 28, 2009
Friday, November 27, 2009
Ala Kadar
Menu yang dihidangkan berupa Sup segera, mungkin kurang lembut. Daging atau tulang mungkin kekurangan sup atau rempah. Ada yang belum sempat menumbuk sambal. Dek kerana lapar selepas berhempas pulas melapah lembu korban. Semangat tolong-menolong yang utama dipamerkan kepada generasi muda, sambil mengajar cara-cara melapah daging korban dari seekor lembu yang telah disembelih. Andainya golongan berumur menunjukkan rasa malas, ego dan sombong menjamah pisau untuk memotong daging?? Busuk atau kotor, macamana jika tauladan itu diikuti oleh generasi muda?.
Sesetengah daerah, acara makan ini diadakan dengan mengajak, sebanyak dua tiga hidangan(satu hidangan sebanyak 4, 5 orang, yang terdiri daripada jiran sekampung, pada sebelah petangnya.
Kamus Dailek Mini
mughih=marah
nyetok= merajuk (sikap panas baran)
Sunday, November 22, 2009
Lumrah
Menjadi lumrah, akan terganggu bila ada saingan. Pacat atau lintah. Setakat ini pacat belum boleh memberikan sumber kewangan kepada manusia. Mungkin suatu hari nanti pacat akan berbalah dengan lintah. Darah belut untuk lintah. Pacat kempunan, merasai darah belut. Lintah sudah menjadi bahan komersial. Pacat masih belum laku. Pacat bebas menghirup kehidupan normal. Agaknya pacat melidi, kurus sangat, darah yang terhasil sedikit, tiada yang berminat. Lintah masih belum ada saingan.
.
“ Bagai pacat naik Handphone”
Saturday, November 21, 2009
Beza, Dari Mana Dan Ke Mana
Antara kakitangan awam/berkanun dengan swasta, bezanya siapa pembayar dan siapa penerima cukai atau gaji.
Dari sudut orang awam, mereka melihat kelalaian bertugas kakitangan awam /berkanun adalah merugikan.
Saman mengikut 'mood'. Bekerja tanpa orang nampak. Contohnya, bertolak ansur kepada segelintir peniaga.
Bagi media elektronik, soal azan juga penting, Jika Tv dan radio swasta yang tidak menyiarkan azan. Itu Hak mereka. Media swasta memberikan pendapatan/ sumbangan kepada kerajaan. Media kerajaan mengeluarkan wang gaji untuk kakitangan. Ini perbezaannya. Sekurang-kurangnya media kerajaan membuat untung sambil beramal (sebagai tanggung-jawab sosial), dari rakyat untuk rakyat.
Begitu juga, Jabatan kerajaan mengeluarkan wang untuk kakitangan. Jabatan swasta memberi sumbangan
hasil kepada kerajaan. Soal siapa makan lada, dia merasa pedas, terpulang. Setiap komen berupa nasihat, mungkin dituju kepada segelintir bukan semua. Kenapa melenting jika kita tidak mengular. Pembayar cukai ada hak untuk komen perjalanan kakitangan kerajaan/badan berkanun dan PBT.
Berbeza dengan kakitangan swasta, berbelanja lebih dan tidak membuat kerja walaupun setahun, itu bukan wang pembayar cukai dan masa rakyat. Boleh abaikan tanpa komen.
Moralnya jika malas kerja, sila cuba masuk syarikat swasta.
~~~~Terkenang suatu ketika dulu-dulu~~~
Ubi kayu parut
**************************
Kamus dialek mini:
Seghebe= kebas
segheebeh= Tak kemas (pakaian)
Dari sudut orang awam, mereka melihat kelalaian bertugas kakitangan awam /berkanun adalah merugikan.
Saman mengikut 'mood'. Bekerja tanpa orang nampak. Contohnya, bertolak ansur kepada segelintir peniaga.
Berhampiran Alam Sentral, Belakang Bank Negara, S.Alam.
'ZON TUNDA' tapi tak di tunda
Begitu juga, Jabatan kerajaan mengeluarkan wang untuk kakitangan. Jabatan swasta memberi sumbangan
hasil kepada kerajaan. Soal siapa makan lada, dia merasa pedas, terpulang. Setiap komen berupa nasihat, mungkin dituju kepada segelintir bukan semua. Kenapa melenting jika kita tidak mengular. Pembayar cukai ada hak untuk komen perjalanan kakitangan kerajaan/badan berkanun dan PBT.
Berbeza dengan kakitangan swasta, berbelanja lebih dan tidak membuat kerja walaupun setahun, itu bukan wang pembayar cukai dan masa rakyat. Boleh abaikan tanpa komen.
Moralnya jika malas kerja, sila cuba masuk syarikat swasta.
~~~~Terkenang suatu ketika dulu-dulu~~~
Ubi kayu parut
**************************
Kamus dialek mini:
Seghebe= kebas
segheebeh= Tak kemas (pakaian)
Wednesday, November 18, 2009
Taip ON
Taip on sex hantar
Taip on lagu hantar
Taip on panaz hantar
Perniagaan serta iklan yang terpapar di Media cetak dan elektronik
Antara alasan yang tidak perlu risau adalah:
Kakitangan yang menguruskan kerja-kerja sistem, dari A sampai Z tiada saudara mara samada anak atau adik, akan mengambil bahagian atau terbaca iklan. Jadi semua sistem di atas untuk orang luar. Tidak perlu hirau.
Peratus gaji dan komisyen hasil dari sistem tersebut adalah kecil
Moralnya boleh dikembangkan lagi sehingga terkena anak sendiri
KAMUS Dialek Mini:
* Basah kuyup = basah bejeghok
* Sangat Malas = Malas hapas
* De'ne kope = becak (lumpur)

NEGATIF
Tidak semua bisnes SMS memberi kesan sosial dan peradaban yang negatif
POSITIF
~~~~Tempelan~~~~
..dari pucuk kelapa turun me'rendah ke bumi...
..pernah ternampak di pintu masuk, Hotel Sri Malaysia, Sg.Petani Kedah D.Aman
KAMUS Dialek Mini:
* Basah kuyup = basah bejeghok
* Sangat Malas = Malas hapas
* De'ne kope = becak (lumpur)
Tuesday, November 17, 2009
Menguap
Apabila salah seorang penonton di barisan depan sekali menguap, kemudian seorang penonton barisan kedua pula membuka mulut, menguap.
Lalu ternampak oleh penonton barisan terkebelakang, terus menguap..
"....AUPPPPHHH..AUppphh..."
Menguap suatu acara berjangkit-jangkit, oleh itu tutup mulut semasa menguap, mengurangkan jangkitan orang yang di belakang kita.
Sesi skodeng..
~~~~ Tempelan ~~~~
Mata kucing yang merenung objek ganjil, menerusi sinar cekungnya.
Oppss ada lelaki minat kucing, auww..

Sunday, November 15, 2009
Biasa
Pelek tak, bila lelaki masuk acara bermain congkak. Biasa. Cuma nampak macam tu tut..(macam tiada acara lain yang nak masuk)
Yang peleknya bila diadakan sukan rakyat, seperti sukan mencucuk benang ke dalam jarum, pertandingan Perah santan kelapa diwakili oleh lelaki.
Lagi satu kepelekan bila wanita masuk pertandingan memanjat pokok kelapa atau memanjat tiang licin.
~~~~Tempelan~~~
Kuih Ulat bulu
Kuih moden memasuki pasaran, inti kacang, di atasnya ada kelapa parut dan beras goreng

Saturday, November 14, 2009
Cuci Mata
Masjid Ketereh
Mercu Tanda Pekan Ketereh
Berharap dengan ada senibena berbentuk Islamik, sejuk mata memandang, rakyatnya akan tetap berhati Islamik, dari segi gaya hidup dan amalan seharian. Bukannya mengamalkan budaya import.
~~ Tempelan ~~
Roti Kukus
Perasa kelapa pandan lapik daun pisang...aromanya menusuk hidung
Friday, November 13, 2009
Pelaris ; Sex dan Aksi Ghairah
Penggunaan bahan berunsur sex dalam apa-apa bentuk jualan demi menarik peminat.
contoh;
Filem 'Jalang '
Penggunaan Zoom sudut,(watak utama) dari tepi meja, bahu, penonjolan dan benjolan menarik minat penonton.
Lampu tidur (Bandaraya Melaka)
Terdapat mentol di dalam topi.contoh;
Filem 'Jalang '
Penggunaan Zoom sudut,(watak utama) dari tepi meja, bahu, penonjolan dan benjolan menarik minat penonton.
Thursday, November 12, 2009
Talam 3 Muka
Bukan susah mengenal watak spesis talam 3 muka (CD 3 muka)
* T akan berbaik dengan A, berkawan ke hulur ke hilir, samada aktiviti bermoral atau tidak.
* T juga akan berkawan dengan B, ke mana aktiviti sihat
* T berminat menonjolkan diri dengan topeng alim kucingnya.
* T boleh bersandiwara dengan C, kebetulan lelaki, ke tempat yang sihat wal afiat.
dan T boleh masuk berkawan semua golongan kelas atas dan bawah (sifat pakar bodek mesti ada).
Secara kebetulan A seorang wanita dan minat kepada C, kemudian menjadi couple macam belangkas.
T, selalu minum bersama-sama B bercerita aktiviti nakal A, tak padan seorang yang baik seperti C jatuh cinta, kesian
T akan menghasut supaya B supaya mengorat C, kemudian ia akan mencadangkan kepada C supaya mengorat B.
Hati-hati T juga akan menelefon kita, bila terdengar ada perbalahan dengan orang lain.
Sengaja untuk ingin tahu kenapa berbalah, bukannya mengajak berbaik, sebaliknya akan juga bertanya lawan kita untuk bertanya hal yang sama, tambah kuah.
Kemudian sebarkan kepada orang keempat dan kelima.
Tuesday, November 10, 2009
Telus, Berkecuali serta mudah difahami oleh semua peringkat fahaman dan akademik
Salinan/Petikan dari Blog Ustaz Azizi Abdullah- dengan izin
~~~~~~~~~~~~~~0~~~~~~~~0~~~~~~~
"
Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?
Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.
Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia tetap pegawai yang mempunyai kepakaran pengurusan JPJ.
(tambah kuah:
Selepas ditangkap,
muncul watak tokey kasut mendakwa DR, tak pakai kasut,
muncul watak kedai tayar mendakwa, tayar kereta Dr, Botak..?????)
Air yang mengalir dari puncak gunung, meleleh turun melalui katur dan lurah, mengalir ke hulu sungai, mengalir ke batang kalinya, tidak boleh disekat dan di ampang begitu-begitu. Dan akhirnya air itu mengalir atau menerjah ke kuala. Di kuala mereka berkompol. Mereka tetap bernama air.
Dr. Asri diumpamakan pegawai JPJ yang tak ada lesen memandu. Titik. Pemikiran, aliran fahaman, ilmu yang dipelajari kemudian menjadi pegangan ada dalam otak Dr. Asri dan orang-orang yang seumpamanya. Ertinya mereka belajar. Bukan berguru; kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Masakan Profesor yang menjadi gurunya iblis? Masakan Universiti Jordan bangsal tunggu durian?
Kalaulah Dr. Asri akur dengan penangkapan kerana tanpa permit, kita fikir perkara ini selesai. Kalaulah JAIS pula tidak menunjuk ‘bodoh sombong’ yang ternyata menjadi tunggangan pihak lain, kita juga rasa hal ini tidak jadi melilau macam layang-layang putus tali.
Apabila membaca wawancara wartawan Utusan, Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor, (MAIS) Mahfuz Muhamad, ternyata sarang tebuan yang dipelihara Dr. Asri telah dijolok. Mahmud Muhamad kita rasa telah menyorot pandangan dan pemikirannya ke 100 tahun ke belakang.............................................."
~~~~~~~~~~~~0~~~~0
link ke http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/11/dungukah-jais-terburu-burukah-asri.html

Monday, November 09, 2009
Syyyyyyzzz, sysssss.....
Bila jumpa sejadah, bila was-was gambar sejadah macam potrait burung atau hanuman ke, hantu ke apa ker. Baik diam-diam.Tak perlu heboh sekampung.
Tak perlu buat aduan kepada Media Perdana. Kelak menjadi berita panas, gelemer dan murah. Rujuk pakar dalam diam kemudian jahit sendiri atau tampal boleh guna lagi.
Tak perlu buang, itu membazir namanya.
Nota: tak pasal-pasal dituduh penganut WAHHABI

Saturday, November 07, 2009
Berat Mata Memandang
Setelah sebulan terlantar.
Seorang suami yang masih setia, dua kali sehari mengunjungi rumah isteri tuanya. Mengisi susu ke dalam salur getah memenuhi jadual. Tangan yang sesekali bergerak, kaki dan tubuh kaku tak bermaya, menyedut susu.
Terlantar di katil. Lena.
Anak-anak perempuan jauh merantau, tiada anak lelaki.
sebulan kemudian
Lalu menghembuskan nafas terakhir seorang diri, Tak mandi selama beberapa bulan, busuk
tanpa anak-anak tanpa suami (berada bersama insteri muda).
Semoga bahagia di sana.

Tuesday, November 03, 2009
Projek atau Islamik?
Satu peluru berapa musuh kena demam???
Bila Kelompok Islam Berbalah
Bila golongan lama sukar dikomen dan dikritik
Bila masing-masing cuba menguji KUASA (Test Power)
Kekadang sukar menilik DIRI yang agak lama berkuasa, berumur serta ramai kawan yang
TAKSUB ditambah menjaga hati dan termakan budi lalu segan, untuk menegur sesama sendiri,
--seolah-olah ingin memegang KUASA sampai habis chas.
Bila titik-titik projek Periuk Nasi akan berkurang atau tergugat
Projek dan kuasa siapa yang terjejas??
Bila sifat BUSUK hati melihat orang lain maju.
Nota:
Lepas ini Peguam Syarie VS Sister Islam..
--Rahsia dakwaan yang tertangguh dan pembayaran dari Persatuan Ibu Tunggal.
siapa yang membuka AIB SIS dan siapa yang membela Peguam Syarie??
Alahai nama Islam tapi masih belum Islamik (segelintir peguam yang mencemar nama, masih ada pembelaan??)
* Kenapa JAKIM melatah bila dikomen tentang Restoren Halal???.
*Nampaknya banyak Insan beragama Islam tak boleh dikomen????malu mengakui kelemahan jentera, bersifat menafikan.
Islam Oh
Penganut Islam.

Bersama-sama
Agaknya sampai bila amanah ini akan terjaga. Menjaga keharmonian bukit-bukau.
Jika diikutkan rasa dan petumbuhan manusia, semua bukit akan ditumbangkan.
kalau ikutkan hati manusia ingin berumah di angkasa..
nafsu yang TAK terbatas.
Pokok kayu : Awak jangan menimpa saya yer.
Bukit : Awak duduk diam-diam, sambil menyegarkan udara tumbuh di sekeliling kami. Sejuk meyerap cahaya mentari.
"Kita bersama-sama berbakti kepada manusia".

Sunday, November 01, 2009
Kerusi Pelastik
Kerusi Pelastik Vs Kerusi Kayu
Tiba di warung, tarik kerusi, tengok bawah, sapu sikit, hentak-hentak sengetkan sedikit, lepas itu baru labuhkan punggung, risau seluar akan kotor. Najis burung atau basah dek seluar pengunjung sebelum itu.
Masuk Kopitiam kerusi lembut atau stainles steel, tak perlu ragu-ragu terus duduk.
Apakah kerusi melambangkan habit dan kelas seseorang???
Muka atau wajah mencuka bila kerusi yang berkelas di rebut orang sebelah.
Warung di tepi jalan di labuhkan oleh seluar-seluar yang agak masam. adakah kita berkira? logiknya jika berkira memakai seluar yang sama ketika bersolat???
Solat pakailah kain pelikat jika was-was akan kesucian kerusi restoren.
Seluar di basuh 2 hari sekali, pakai hari ini besok boleh pakai lagi agaknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)