Pengulas A: Gooolllllllllllll.... yer yer satu tandukan kencang oleh Mr Kelabu berjaya menembusi pintu gol lawan. Penjaga gol yang kebetulan teringat dan terbayang sebiji bola sebagai kekasih, melayang-layang dikebas orang. Terpingga-pingga. Dalam memerhatikan gerakan pemain lawan, penjaga gol seolah-olah ternampak seorang bekas kawan yang telah merampas kekasihnya, ia telah terlampau marah. Sehingga sukar memilih antara bola , kekasih atau kawan untuk dihalang.
Penjaga Gol ini memang kacak dan hensem Saya tertarik dengan sifat kelelakian serta otot-ototnya. Baik budi. Cuma laser sikit-skit.(bini dia cakap).
Keputusan terkini saya belum kira.
Pengulas B: Goollllll, tandukan Mr kelabu masuk ke gawang pasukan C, tandukannya tidak la sehebat mana, lagipun penjaga gol semacam khayal kerana entah apa-apa. Bola pula seakan berwarna-warni pada mata saya, ada semacam 5 segi berwarna hijau biru hitam. pelek kenapa bola di cat hitam dan putih, kenapa pula dijahit 5 segi kenapa tidak jahit samarata.tak perlu ada segi segi memeningkan mata. keseluruhan cat bola hendaklah warna putih atau garang senang mata melihat.
Tandukan sehebat mana pun akan dapat dihalang dan ditangkap oleh penjaga gol. Lagi pun tangan penjaga gol kidal dan bengkok dek kerana penyakit lamanya.(hanya saya seorang yang tahu).
Penjaga gol itu juga seorang yang kedukut, malas belanja kawan-kawan termasuk saya.
Ayah dia menolak pinangan ayah saya, itu dulu-dulu, adik dia cantik.
Para penonton, semasa bola hendak ditanduk saya nampak seakan angin kuat meniup baju beberapa pemain yang berada di sekitar pintu gol, jadi pergerakan bola agak menyerong menyukarkan barisan pertahanan
Saya tak puas hati bila dapat tahu Mr Kelabu bersaudara dengan penjaga Gol pasukan C .
Ini Kroni. namanya.
Keputusan terkini saya belum buka internet.
Ulasan terpaksa di potong kerana sensitif dan tak masuk akal.
nota:
A: Pengosip
B: Pengulas Politik
Begitulah HARU-biru bila pengulas picisan politik dan pengosip diberi peluang menjadi pengulas sukan.
Bagaimana agaknya jika pengulas bidang lain menceburi bidang yang berbeza, kurang mahir, belajar dari buku dan khabar angin atau berita/fakta basi.
13 comments:
1st...sekalung tahniah kepada pasukan yg melayakkan ke separuh akhir.
2nd...kita jmpa di separuh akhir nti...hehehe
ada kena mengena tak?
eelobor..
ada kena mengena..malam tadi..
ada bunga api mercun itu bahaya..hhee hiburan yang membazir..(Stadium SM K4)
Kalau terbakar kedai/stadium siapa nak bantu bina yang baru??
ada ke pengulas sukan pengulas gossip? he he he..
tapi aku tetap suka hasbullah awang..
sekarang aku tgk pengulas sukan semuanya org2 sukan. yg tahu pasal sukan tapi x tahu antonasi sebagai pengulas.
he he he he
betul zeq...ambo sokom sangat². buang la sifat kebudak²an dan "kekampungan" semasa memberi sokongan. pengalaman lps tlh menyebabkan seseorang yg tak berdosa mengalami kecederaan mata & OKU. apa pn, ambo kategori pengulas mano eh? krisis identiti jgk nih, konpius hehehe...
ermmm..tak paham sbb combi ni slow siket walaupun sastera dapat A2 dlm SPM :)
Betul... betul.. kalu tak tau, baik duk diam jer... heehehehe.. nati ulasan jadi sensitif dan tidak masuk akal..hahahahaha...
sory, bukan peminat sukan, kalu main pun setakat bola jaring tu pun jadi simpanan je, huhu...
saya sama dengan rosnanie. bukan peminat sukan. suka tengok bola bila team sekolah sendiri masuk final je.hahaha.
suka tengok anak murid sendiri kat padang. lain. tak macam masa dalam kelas.
salam uncle...
adoila...majoriti blog cite sal bola hari ni...hheheheheeh
menarik gak ek tgk ragamm org citepasal bola...kekekkekeek
dulu aku suke tgk bola, tp lepas satu insiden, aku kecewa dan trus tak tgk dah....
yg tinggal hanyalah kecintaanku pd sebuah nama itu shj..
skrg tiada lagi
salam semua..
moralnya penganalis Politik boleh bersama penggosip sebab mereka ulas bukan fakta ikut ramalan dan cakap dengar,boleh tukar suka sama suka jika mahu., berbanding penganalisis jenayah dan sukan cakap fakta bila bulat memang bulat.tanpa corner2.
u go strek...don konar²
Bukan sebab angin bola melencung tapi si penyerang handal buat "banana kick"
Apa benda banana kick itu?. Huh!.
Post a Comment