Pagi hari, pada bulan puasa. Setelah pulang bertarawih. Sebelum itu lepak mengeteh sampai kul 1 am.
'ni ni saper letak sini, kuih dah basi, kenapa tak dimasukkan ke frezze'
'OOni lagi satu,dah tau tak nak makan banyak, kenapa letak sini' membazi,dah basi'
'siang hari semangat membedal tinggi, mata besar2, beli banyak-banyak, bila tiba berbuka tersadai,'
'saper nak habiskan ni?? membazir membazirrr..'
'Kak Chik, 0 kak ngah, ooooo mama dia...'
'ehmm oohh mereka sedang nyenyak tidur. Lupa.'
TARIK Nafas sang lelaki. rehat sekejap.
'tu tu, sepinggan gulai, dah basi, tinggal jer atas meja, lepas makan' terus lepak'
'banyaknya pinggan mangkuk bersusun-susun dalam sink'
'amboi banyaknya nasi, menjadi nasi kering..nasi semalam tiada siapa nak habiskan bila dihangatkan, mmm siang esok, kena jemur lagi, sambil niat sedekah kepada binatang yang ada sayap, kalo cuci seorang satu kan elok'
'..yang AKU pulak membebel buat apa, bila tolong kenalah secara ikhlas, yang balik pepagi buta melepak restoren tu buat apa?..ye tak ye'. Dalam hati.
zuuushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..gedePONNNNNNnn..POMMMMMMMMMM..PONNmm
'OIT kurang ajar punya mercun, terkejut, orang nak tidur, jiran nak bertadarus, baca AlQuran, yang kau, mercun memekak, bising menggangu jiran, dah la besar panjang bunyi pulak kuat'
kalu esok raya tu kira ok la..ini tidak, baru sepuluh terakhir HISH.'.
'..mesti mahal, kalau satu batang RM3? sepagi 5 batang? itu yang besar belum kira yang kecil, fuyooo kaya, banyak wang tu,'. Dalam hati
Oppss maaf saudara jiran-jiranku bukan mengata awak semua, bukan tuduh dapat free,(jiran sebelah kiri anggota polis, jiran sebelah kanan anggota kastam), tak elok menuduh bulan-puasa'
'kalo mercun tu berpaling tadah sesekali kan elok, belum naik ke atas sebaliknya, terbang hinggap ke atas kereta ayahnya. HUUH.'
Kumat-kumit.
Mendekati pembebelan seorang lelaki hanya pada bulan puasa, kerana makanan yang banyak dibeli dan akan terbuang, bila dimasukkan ke dalam freeze.Terasa, kurang fresh, padahal kuihmuih yang dibeli dari kedai belum tentu dibuat pada hari yang sama?
***
Ri ni:
++ 11/09: Dua maut pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
++ 11/09: Inkues Teoh Beng Hock ditangguh Khamis depan bg memberi peluang SPRM mdapatkan laporan perubatan dan meneliti gambar kecederaan suspek T Sivanesan.
++11/9: PNB rancang laksana projek pembangunan bercampur di k'san 7.2ha dekat Stadium Merdeka dan Stadium Negara tahun depan.
++11/09: Bekas CEO dan Setiausaha PUNB diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan memalsukan sijil bon RM19 bilion sembilan tahun lalu
15 comments:
kuih raya mmg di buat sebulan utk raya. sbb nak jual..
tapi untuk makan, bila2 jer..
bro zeqzeq
Lelaki membebel bila perlu
tak salah jika yang dibebelkan itu benar
he he he
Ok lah bro... saya tak nak membebel lagi
nanti letih...
Jom kita ke Masjid sholat Jumaat
antaj;
raya rumah besar ke rumah kecil..
Alid;
membebel sekali sebulan
terutama bila turn basuh pinggan, Echah dah 15 tahun meminggang..
mustika;
terima kasih..
salah satu usaha baik walaupun kecil..
zz >> meminggang tu basuh pinggang ekk.
combi dah 40 tahun lebih basuh pinggang sejak dlm perut ibu lagik ekeke :p
........
lelaki kalau bebel buruk tau..euuuuuu :)
ecah;
buruk ker? taklaa sekali sebulan jerr
Berbuka pose ke membuka selera?
Buka pose dgn kurma n cekodok ikan bilis pun sedap apa, jimat n x membazir. Apa salahnya rehatkan perut kan sesekali? Dah pun boleh kurangkan saiz pinggang hu hu hu
anyss;
Makanan pembuka tak kisah lepas sebiji kurma, tetapi bab air yang tak tahannya, 2/3 gelas air,
kalau boleh 2/3 jenis air, soya tebu orang jagung..
tersadai
teringin plak nak dengar suami sendiri membebel..sepanjang berkahwin, dia tak pernah membebel. redha je.
agaknye kalau sesekali dia membebel, ok kot..
asilah;
sesungguhnya rugi lagi merugikan jika org sebelah tak pernah membebel
AweT muda ...hhee..jika tak pernah membebel alamaknak meletup..bomm
en.zeqzeq..memang rugi takde siapa membebel. rasa macam tak meriah. hahaha.
tapi suami saya memang cenggitu. penyabar dan sangat cool. berbeza dengan saya yang cepat marah dan agak kelam kabut sket.
asilah;
baguz laa cool sejuk.. hhe
..
Sdr Zeq
Kes mercun ini pun satu hal, jika diharamkan bagaimana boleh sampai ke sekitar rumah kita.
Lain lah kes sorok gula, tepung pelbagai, benda tu senyap. Ini memang memekak. Seharusnya penguasa senang mengesannya. tanya bebudak yang main mercun itu mesti dia kasi tahu.
Mercun ini asyik buat kita terkejut beruk sahaja. Sembahyang tarawih pun asyik terganggu.
Itu satu hal, ini asyik kudung tangan saban tahun memang tak serik-serik. Saya memang selalu tegur anak main mercun atau bunga api tapi kalau sudah balik kampung, ipar duai, bisan segala dah main mercun nak buat macam tu!.
kes dapat FREE, tokey banyak. susah nak baung tabiat..
samada mercun free atau duit free,
zeqzeq;
'baung tabiat' tu apa? hahaha.
cool sejuk memang best. jimat duit aircond..
Post a Comment