Pages

Saturday, August 30, 2008

MAYA, MISTERI DAN GHAIB







Alam Ghaib suatu pengalaman
Sketsa satu (ATOK)
Sebenarnya dua gambar di atas sekadar Hiasan.
Selepas Sepuluh tahun arwah datuk (sebelah emak) meninggal. Datang mimpi rintihan merayu
" Cu, minta tolong". Jadi selaku cucu setelah bertanya yang arif dan logiknya orang meninggal apa yang perlu ditolong?. Selepas ditunaikan apa yang patut, Senyap. Saya cuba niatkan supaya bermimpi serta ingin bertanya samada masih perlukan pertolongan.Tiada mimpi.
Sketsa dua (AYAH)
Setelah 19 tahun, Ayah pula meninggal. Dengan berpandukan peristiwa sketsa satu (tetiba teringat), saya cuba niatkan semasa nak tidur ;
...ada apa yang boleh saya tolong?..., soalan buat arwah ayah, selepas 6 bulan kematiannya.
Muncul jawapan selepas dua tiga hari dari niat (mimpi).
Jawapan: Perbetulkan Solat, jangan tinggalkan solat dan jaga dirimu tu.
-aduzz seolah-olah arwah nampak setiap perlakuan saya di dunia.
Kena buat juga apa yang patut.
Jadi dengan menggunakan pendekatan sama walaupun hubungan antara yang masih hidup dengan yang meningga dunia agak kurang mesra, saya cuba niatkan ke atas insan kedua-dua arwah di atas. Bapa saudara ( kiri- anak lelaki sebelah atok dari sketsa satu) dan mak saudara.
Dua tiga tahun masih menunggu.
*Moralnya
kaitan darah daging akan cepat berkomunikasi menerokai alam meditasi,
yang tersirat keturunan Rasul akan muncul pada akhir zaman.

Perniagaan dan Politik


Antara Perniagaan dan Politik
Pengangkutan Awam di Lembah Klang, yang tak akan selesai, golongan kurang upaya,wanita yg tertekan bila menggunakan pengangkutan awam.
Pernah terdengar kajian dan temukajian dari penduduk dan pengguna tetapi masih sama masalahnya dulu, kini dan... Mungkin kena ada 3 line atas bawah STAR, LRT dan komuter pda waktu PUNCAK dan cuti UMUM.
Golongan PATI wargaasing mengambil kesempatan bersesak sesak dan meraba.
Walaumacam mana pun BAS mini rasanya masih ada kelebihan dari segi "LAJU" waktu puncak
Kendalian Konduktor, jarak berhenti sesebuah bas di jalanraya tak payah tunggu ambil tiket, berbaris ditangga, - kesan jammed. Bas yg pendek, beroperasi bila penuh, bukannya ikut masa.
Hanya pada waktu PUNCAK , pergi dan pulang kerja yang perlu difikirkan.

Cuaca Kehidupan


Dalam kehidupan dan kejadian , kita terfikir melalui rasa tanpa meter (senang rasakira) , tiga sifat iaitu Panas, suam dan sejukbeku, namun secara perbandingan masih ada banyak rasa ditengah-tengahnya. Contoh panas sikit, suam sikit, sejuk sikit, sejuk antara suam, Tanda kejadian semua boleh , dariNYA.
* Sebagaimana adanya lelaki , pondan dan wanita

Warna-warna Kehidupan

NALURI ATAU NAFSU


Kekadang kenapa kita tak jadi macam sifat AYAM?.
Semua yg TERASA nak , dan bila Nak je, boleh diRASA?
hanya dengan mengejar.
kelebihan Insan dari haiwan.

BAHASA
Macammana jika ayam ingin berkomunikasi dengan itik?
jika sama sama ego, oleh itu bahasa apa yang perlu jadikan bahasa orang tengah, hheee.

Berkomunikasi dengan bahasa KASAR lembut dalam kehidupan seharian. Ada org biasa berbahasa gantinama, "AKU, KAMU", setengah daerah sukar menerimanya.Ikut keturunan dan daerah suku kaum di Malaysia, jadi adakah wajar kita perlu menjawab bila ada ayat yang tak sesuai dengan gaya hidup seharian?. Pilih siapa yang memerlukan siapa?.Itik perlu Ayam, jadi Itik kena belajar bahasa ayam.
Tetapi lokasi dewan yang sudah biasa menggunakan bahasa ANGSA, tetiba kita masuk menggunakan bahasa ITIK tu dah kira silap SARANG laa.

*moralnya masuk kandang biar ikut gaya orang ramai