Pages

Saturday, September 20, 2014

Warkah Buat mama

Pada mama
amat kurindui kehadiran
Amat ku mengharap belaianmu.
Sedari kecil tidak pernah kurasai.
Kerana kita terpisah sejak ku bayi.

Setelah lama aku mencari.
baru kini aku sedari.
kita mempunuai ikatan dihati.
Ikatan yang sebenarnya ikatan abadi.
Dimana kau lah sebenarnya ibuku yang sejati.

Mama
Aku mengerti..
Kasih sayangmu tidak pernah mati
Kau simpan dan pendam selama ini
Demi menjaga begitu banyak hati..

Hari demi hari
berakhir sudah pencariam ini
Dan kini engkau kembali
Kepangkuanku sebagai ibu melahirku kedunia ini
Kini aku kembali
dan aku mengerti mengapa semua ini terjadi
Tak kan kusimpan didlm hati
Tak kan kupersoal knp terjadi.

Mama terimalah seadanya diriku ini
Kerana aku baru ingin merasai
Nikmat kasih sayang dari ibu sejati
Juga kasih sayang yg abadi

Ketahuilah mama
jikalah boleh
inginku pusing masa ini
agarku merasa pelukanmu
agarku merasa belaianmu
tapi semua telah terjadi
dan aku terima hakikat ini

mama
walau separuh usiaku tidak bersama
aku tetap bersyukur
masih berpeluang bersamamu kini
dan aku berterima kasih
kerana melahir aku kedunia ini

kini hari2 ku disinari
kasij sayang yang semakin bersemi
yang selama ini kirindui
dari ibu yang dicintai....

******