Pages

Tuesday, August 06, 2013

Makan nasi ber Dulang @ talam, Adab Dan Adat


Di samping ada yang sedia ada, sebagai tambahan

Sama ada Moreh, berbuka atau bersahur.
Tak kira adat dan adab mana asalnya, tetapi memberikan kemesraan sesama Islam, bersaudara sekeluarga.
Pertama kali menjamah nasi. Beserta kuah memang geli.kuah kita kuah orang. Mengalir keliling tepi sedulang.

:-) Tambahan adat selain Bismika bersama amenn.
Dulukan orang veteren, beragama tanda hormat.
:-) bilangan sesedap seselesa duduk, mungkin tiga, empat dan lima orang.
:-)  letakkan sayur dan lauk,  sambal di tengah tengah, minta izin ahli lain untuk tambah tuang kuahnya.
:-) biarkan nasi membukit di tengah dulang.
:-) tarik dan kuak sikit sikit ke arah diri sendiri, se mulut semulut, bukan se genggam, nanti tak habis. Kita akan nampak bukit nasi tadi lama lama mengecil secara bulat. Dari lima sudut gaya nasi dikuak.
:-) suap secara tertib, tadah dengan tangan kiri, jika tak yakin nasi masuk mulut.
:-) jika ada sediakan mangkuk pinggan kosong buat isi tulang lagi baik.
:-) minta izin,  jika nak tolak nasi ke arah berlawanan, mana tau jiran sebelah dah kenyang.
Dan bila kenyang minta izin undur diri. Bukan main tinggal jer. Berkuah dan bertabur nasinya lauknya, kecuali tulang.
Pastikan bahagian sudut kita licin..kecuali ada buah hati nak jilat bekas kita.
Sekian terima kasih

Post a Comment