Pages

Wednesday, August 28, 2013

Kawan berkawan Buat Lembu Kenyang

Masa makan, masa minum
Tiba masa bayar dia buat lembu kenyang.
Kita seluk poket, dia tak sibuk pun.

Pertama kali, giliran kita
Hari kedua, giliran orang lain.
Kali ke lima bukan giliran dia lagi.

Niat iklhas berbelanja sudah bertukar niat, bila tiba ke sepuluh kali.
Sepuluh orang,  sepuluh kawan.

Dan yang paling pelik, kita ajak kawan itu menziarahi kampung halaman ibubapanya.

Pun dia buat lembu kenyang bila tiba masa nak isi minyak kereta.

Masa makan dan minum usah hirau macam biasalaa..lembu kenyang.

Adakah dia masih anggap berbelanja itu mengikut gred gaji atau prioriti umur?

Rupanya tak, bila keluar dan makan minum bersama yang lebih junior pun sama, tabiat dan habitat liat seluk poket berkira dalam berbelanja.
Selama ini kita ingat dia segan belanja seniornya..
Sebaliknya tidak..alahai..macammana laa nak belajar dan mengajar mahkhluk ini..hambaNya..

Post a Comment