Pages

Thursday, August 02, 2012

Beginikah umat Rasul, kasih sesama insan?

Azan berbuka seminit lepas, semua pelanggan mengunyah makanan, ada yang melahap.
Seorang insan, masuk ambil meja buat pesanan, air dan makanan, ada tiga empat meja yangberjiran, mengunyah makanan.

:"...sapa suruh lambat masuk restoren...
"..Dalam hati, dah tau lewat tiba kenapa tak sedia yang dah, siap air kotak, siap biji kurma.
."...lantak ko laa lewat masuk, macamla tak tau waktu berbuka...

Datang seorang insan membawa sebiji kurma, sebungkus kuih puteri mandi,kurma percuma dari tuan kedai, serta sebotol air soya buat insan itu.

"...ni,sedikit makanan.silakan makan
Syukur diterima dari anak matanya yang kusar sebelumnya..berkaca. Setelah gelisah menunggu pesanan.

Insan yang jauh beberapa meja dari lokasi, tapi perihatin sesama insan umat Rasul,
Insan lain sibuk memanggut menu, dek sehari tak makan, tanpa peduli jiran jiran meja sebelah.
Post a Comment