Pages

Tuesday, September 29, 2009

Muhassa'bah Diri

Bukan banyak sangat RM10.00.


Pada hari raya ketiga, tersilau sekeping note merah RM10.00 yang tercicir, tepi kaki lima  aspal.
Seberang jalan, sekeluarga serta anak-anak sedang berjalan pulang dari beraya.

"Dik..tu ..tu  , ada duit sepuloh rial.." Seorang kanak-kanak memunggut lalu memasukan  ke dalam poket. anggap duit raya.

Pada hari raya kelima.Celcom line dan humanware problem, Simcard celcom masih berbaki RM5.00
Cabut simcard celcom, tukar kepada maxis. Topud maxis sambil tukar bateri.

Tersedar simcard celcom tercicir.
ke Centre Celcom  report dan ganti simkard baru dengan bayaran RM5.00.

(5+5=10)..bila nak rugi tetap akan rugi.

Kos kerugian belum masuk kira:
       --   kos  minyak ke centre Celcom
        --  Kredit menelefon/info kawan-kawan
        --  kredit kawan yang membuat panggilan/info
        --  masa
                                               
 Rm10.00 yang tercicir pada hari raya ketiga adalah suatu clue untuk sesiapa yang terjumpa wang tidak kira besar atau kecil adalah sebagai  amanah,  DIA membuka ruang kepada sang saya, tidak kepada insan lain yang melewati jalan yang sama???.

Pungut wang  dan sedekahkan ke  tabung masjid. Bila tiba di akhirat kelak, pemilik wang tersebut  bersyukur. Tak sangka bonus saham melebihi apa yang disangka, berbanding jika digunakan untuk membeli mercun.

Moralnya jangan bersekongkol rezeki yang TAK berkat.
P/s;
Belum kira /edit tentang bunga bank, zakat bank, curi tulang dan lain-lain rezeki yang kurang berkat yang akan menanti giliran untuk BOCOr bila-bila masa. Bila amanah terabai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kamus mini dialek

*sengal/ngilu =sikir (sesuai untuk gigi)

8 comments:

asilahmuhajer said...

rasa insaf membaca perenggan akhir, yang ada p/s tu.

dalam berjaga2, ada banyak lagi aspek yang kita selalu terlepas pandang.

terima kasih sebab bagi peringatan ni pada orang yang selalu lupa macam saya.

Cetusan said...

..Asilah..

sesama pesan.
kita insan yang mudah lupa..sebelum insiden..
.lalai dan lena bagai mengantuk semasa memandu..
tidur bila mengantuk..

anntaj said...

hari raya, saya sapulah angpau yg org buang.
pastu terkeluar duit RM20..
lalu saya buat apa???:)~

Cetusan said...

..anntaj...

RM 20 tu tikam TOTO mana tau dapat lebih rm4K
..dapat HP baru sebijik....

qih qih...

azieazah said...

Kalu rezeki tak ke mana...

Kesian kan, ilang sim kad nak sekeping kecil sebesar kuku.. tp kesannya sebesar tapak tangan...

Kang nasir said...

kata org rezeki dimana2.
kata org rezeki lalu depan mata tak baik ditolak,
kata org rezeki terpijak tak baik disepak.

hakikatnya.
jika kita memerlukan,
kita rakus tanpa fikir halal/haram.
kita tak tahu hukum karma.
kita leka hukum tuhan.

iDAN said...

Sdr Zed

Memang itu terbaiknya, jika kita terjumpa duit org tercicir! sedekahkan! ke tempat sebaiknya.

Cumanya kita sering amat tak kisah amalan yang baik itu, apatah lagi jika jumlahnya sebanyak RM10 itu... rasanya budak tu mesti beli mercun! atau benda2 tak berfaedah.

kalau saya ambil pun... fikir yang tidak2.. beli DVD hindustanlah... rokoklah.. bebenda yg melalaikan; tau-tau rezeki akan ditarik!.

Cetusan said...

sdr Idan..

tahap nilai rasa bersalah berbeza antara insan di dunia,..bergantung HABITAT atau renungfikir..

--ada orang yang dah mewah atau sederhana dalam kehidupan, tapi ada hati minta wang zakat, sanggup menipu semasa isi borang..sanggup mengaku fakir dan miskin. Padahal ada rumah sewa, ada kedai disewakan.

-- ada insan yang terambiltermakan wang 5sen bukan miliknya terasa bagaikan sebesar RM5K.

-- ada insan termakan rm5k macam 5sen.

Macam2 dunia, bertambah PARAH bila penguatkuasa yang lemah (bukan malas) memantau, menyelidik atau membuat tinjauan (feedback).