Pages

Sunday, October 12, 2008

Wanita; Sudi digoda dan menggoda

Pergerakan badan memainkan peranan dalam menggoda sasaran di hati dan di mata. Antara dari berpuluh-puluh sebab dan akibat.

¬ Semasa berada di majlis jamuan atau "open house", terdapat juga watak insan wanita yang agak terlebih MALU dari anak DARA sunti yang belum meras*. Toleh kiri toleh kanan. Mata merenung jejaka bermisai dan bertubuh kacak.
Bila duduk di atas kerusi. Tersipu sipu dan terkebil kebil control ayu. Cuba mengawal senyum, gerak bibir semanis yang mungkin. Pergerakan herotannya 5 kali seminit.

¬betulkan lipat silang peha kiri di atas peha kanan.
¬seminit kemudian, silang kaki kanan lagi peha kanan di atas peha kiri.
¬Betulkan letak gaya silang lengan siku ( belum direnung gaya ke depan yang disengajakan ...
¬sentuh tudung (atau jamah helaian rambut).
¬bila berborak berminat mendekatkan bahu dengan bahu (lelaki, jika wanita dengan wanita lain kes)
¬ Kalau tak pandai memujuk dan menggoda, hilanglah salah satu sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar perempuan (ini fakta yang diculik dari.???....)
¬ Cukup ramai adik dan abang angkat. Pasport selamat, dari mata memandang.
¬ Airmata adalah modal utama melemahkan pasangan, kedengaran sepuluh masalah sehari.
¬Mou dalam soal ucapan tahniah.
¬ membuat panggilan.."Misscal" secara sengaja pagi petang siang malam.
¬ Tiada istilah menipu, cuma istilah alasan menyorok bila sudah kantoi ketika berdating dengan lelaki lain.
¬ Jarang membandingkan kelebihan pasangan di depan mata dengan lelaki lain dari segi pakaian atau pun kereta, risau kantoi menampakkan banyak sangat lelaki simpanan. Niatnya semua nak sapu, selagi ada yang sudi digoda.

....sambung
¬ bila bergambar jari tangan ada-ada sahaja nak menyentuh orang sebelah

KHUSUS wanita yang sudah berkahwin;

¬ bercerita masalah hubungan dengan suami kepada lelaki bukan muhrim akan membawa padah. Samaada secaya MAYA, berdepan atau kawan sepejabat. Berjumpa dalam persatuan dan aktiviti luar. Sengaja atau tak sengaja.

*yang buruk adalah jurang, yang baik diikuti.
Post a Comment