Pages

Saturday, August 30, 2008

MAYA, MISTERI DAN GHAIB







Alam Ghaib suatu pengalaman
Sketsa satu (ATOK)
Sebenarnya dua gambar di atas sekadar Hiasan.
Selepas Sepuluh tahun arwah datuk (sebelah emak) meninggal. Datang mimpi rintihan merayu
" Cu, minta tolong". Jadi selaku cucu setelah bertanya yang arif dan logiknya orang meninggal apa yang perlu ditolong?. Selepas ditunaikan apa yang patut, Senyap. Saya cuba niatkan supaya bermimpi serta ingin bertanya samada masih perlukan pertolongan.Tiada mimpi.
Sketsa dua (AYAH)
Setelah 19 tahun, Ayah pula meninggal. Dengan berpandukan peristiwa sketsa satu (tetiba teringat), saya cuba niatkan semasa nak tidur ;
...ada apa yang boleh saya tolong?..., soalan buat arwah ayah, selepas 6 bulan kematiannya.
Muncul jawapan selepas dua tiga hari dari niat (mimpi).
Jawapan: Perbetulkan Solat, jangan tinggalkan solat dan jaga dirimu tu.
-aduzz seolah-olah arwah nampak setiap perlakuan saya di dunia.
Kena buat juga apa yang patut.
Jadi dengan menggunakan pendekatan sama walaupun hubungan antara yang masih hidup dengan yang meningga dunia agak kurang mesra, saya cuba niatkan ke atas insan kedua-dua arwah di atas. Bapa saudara ( kiri- anak lelaki sebelah atok dari sketsa satu) dan mak saudara.
Dua tiga tahun masih menunggu.
*Moralnya
kaitan darah daging akan cepat berkomunikasi menerokai alam meditasi,
yang tersirat keturunan Rasul akan muncul pada akhir zaman.

1 comment:

azieazah said...

Salam..

lama dah tak dengar sketsa sebegini..

hubungan antara 2 alam yang jauh tapi dekat...